Bab 10

33.4K 2.6K 327
                                    

       ELENA tersenyum lebar tatkala melihat telatah Kayra dan Rizqin yang sedang berjoget. Firdaus yang sedang merakam video Tik Tok Kayra dan Rizqin itu menambahkan lagi kegelian di hatinya.

"Ya Allah! Bukan macam tu! Berapa kali aku nak cakap korang kena tepuk tangan lepastu baru goyang bontot." Firdaus tepuk dahi.

Sabar Fiffy!

"Start balik!" arah Firdaus kepada dua orang kanak-kanak dihadapannya.

"Okay, uncle!" Rizqin dan Kayra menganggukkan kepala mereka serentak.

Siap sahaja mengambil video tarian Rizqin dan Kayra, mereka bertiga duduk semula ke sofa ruang tamu.

"Nak tengok tak?" tanya Firdaus.

Kayra dan Rizqin mengangguk teruja.

"Uncle, lawaklah!" Mereka berdua mengekek ketawa tatkala melihat video yang dirakam uncle Paus.

"Kita post Instagram," ujar Firdaus.

Dengan lafaz basmallah, dia mula memuat naik video Tik Tok tersebut.

Baru beberapa minit video itu dimuatnaik, sebuah panggilan masuk. Firdaus tersenyum herot apabila nama pemanggil dibaca olehnya.

Incoming call from Bapak Rizqin

Tanpa banyak soal, panggilan daripada Irham itu terus di reject. Ada aku kisah? Aku tarik aku tendang. Aa gitchuew!

Beberapa saat kemudian, sebuah lagi panggilan telefon masuk.

Incoming call from Sumber Duit

Firdaus menggigit bibir. Nak jawab ke tak eh?

Jawab lah kan?

Butang yang berwarna hijau digeser oleh Firdaus kemudian telefon bimbitnya itu diletakkan di telinga.

"Bawak balik anak aku sekarang!" Suara Adrian memetir disebalik corong telefon tersebut.

Firdaus menjauhkan telefonnya dari telinga. Pergh! Marah tu.. Laju sahaja jarinya menekan butang merah untuk menamatkan panggilan telefon tersebut.

"Uncle siapa call?"

"Bapak kau lah!" jawab Firdaus.

Tak syiok lah bapak Rizqin dengan bapak Kayra ni! Main Tik Tok pun tak boleh..

"Aduh apa barang camper? By one lah, boss." Suara Aariyan kedengaran. Dia sedang bertempur dalam PUBG.

Elena tersenyum melihat telatah mereka semua. Ada-ada je..

Black? Tadi lepas sahaja dia balik, dia terus masuk ke dalam bilik.

"Kayra, ambil air untuk paksu," arah Aariyan kepada anak buahnya.

"Baik!" Laju sahaja kaki Kayra bergerak.



          BLACK mengetap rahangnya tatkala suara si pemanggil di corong telefon semakin menguji kesabarannya.

"Come on, Black.. Nanti aku dengan Seth balik sana." 

"Shut up, Isaac. I don't need your help." Giginya diketap.

"Ce cosa? (what?)"

"Shut up," ujar Black sekali lagi.

"You don't get it, bro. Marco told us to take care of you." Isaac melepaskan keluhan.

"Antara aku dengan keluarga Salvatore dah tak ada apa-apa."

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now