Bab 11

31.5K 2.6K 411
                                    

            BLACK yang baru sahaja keluar dari bilik itu diperhati oleh Elena. Bapaklah hensemnya dia pakai baju korporat tu..

Sesekali tangan Black naik membetulkan tali lehernya. Elena! Berhenti usya dia!

Elena berdehem cuba untuk menarik perhatian Black. Namun, lelaki itu hanya beriak biasa sambil mengatur langkah ke arah dapur.

Sebiji epal merah diambil dan dimakan olehnya. Apoo? Punyalah banyak stok makanan yang Aariyan bawa kelmarin, epal juga yang dia makan.

"You.." Elena cuba memanggil Black.

Senyap.

"Black," panggil Elena lagi namun Black hanya mengendahkannya.

"Black.."

Masih sama. Lelaki itu masih abaikan kewujudannya. Ini pekak ke apa?

"Hoi, hitam!" jerit Elena. Kesabarannya sudah tipis. Aku panggil elok-elok tak nak jawab sangat!

"Diam sebelum aku cium kau." Senada ayat itu ditutur oleh Black membuatkan Elena menelan liur yang terasa berpasir.

Garang.. Main ugut nak cium orang pula. Ha cium lah kalau berani.

"Ei! Orang nak pinjam telefon lah! I mana ada telefon." Elena mendengus geram.

Black dekati Elena dan kemudian sebuah telefon dihulurkan olehnya.

Elena menyambut huluran Black dan tidak semena-mena matanya membulat tidak percaya.

"You gila ke?" Telefon yang dihulur oleh Black tadi dijauhkan dari matanya kemudian didekatkan kembali.

Heh! Aku tak percaya dengan apa yang aku nampak ni!

Black memandang Elena yang sedang merenungnya tidak puas hati.

"You gila ke bagi I guna telefon nokia sabun ni? Tak ada telefon jenis lain ke?" tanya Elena geram.

Dia langsung tidak percaya dengan apa yang baru sahaja terjadi sebentar tadi. Ya, Black beri dia telefon.

Tapi telefon jenama Nokia 3310. Ini kalau aku baling dekat anjing, mati anjing tu..

"Tak nak guna aku ambil balik." Black berura-ura ingin mengambil kembali telefon di tangan Elena.

Dengan cepat Elena melarikan telefon tersebut, "Ya! Nak guna lah ni!"

Wajah Black dijeling geram oleh Elena. Apa tak ada telefon lain dah ke?!

Sebuah deringan telefon menggamit perhatian mereka berdua. Tangan Black bergerak mengeluarkan telefon pintar yang berskrin penuh dari poket seluarnya.

Mata Elena membulat.

"Yes, Ad?"

Dasar lelaki pelik! Punyalah dia pakai telefon mahal, tapi telefon nokia sabun ni juga dia kasi aku!

Tubuh Black yang semakin hilang dari pandangan itu dijeling geram. Huh!

Nokia pun nokia lah!

Tak menunggu lama, nombor pejabatnya didail.

"Hello, Intan?"

"Cik Elena? Cik Elena!!" pekik Intan dari corong telefon tersebut.

"Sakitlah telinga I!" Elena menggosok telinganya yang terasa perit.

Intan tersengih tidak bersalah.

"Cik Elena pergi mana? Dah empat hari Cik Elena tak masuk pejabat. Semua pemegang saham dah tanya tentang Cik Elena."

Elena melepaskan keluhan. Dia tidak tahu sampai bila dia mahu menyorok di sini. Dia cuma tidak mahu dikahwinkan dengan lelaki yang berpangkat tengku itu.

Ini semua salah mum!

"Cik Elena tahu tak Tuan Affan tu dah tiga kali datang pejabat Cik Elena. Benda yang sama sahaja dia asyik ulang dari hari pertama. Where is Elena? Where is Elena? Jenuh saya nak menjawabnya," terang Intan panjang lebar.

Sejak berkerja di bawah Elena, hubungan dia dan majikannya dikatakan agak rapat berbanding pekerja lain dan Elena.

"Haa ni dah nak dekat pukul 9, kejap lagi dia datang bertanya lah tu!" ujar Intan.

"Kalau dia cari saya lagi, cakap sahaja saya pergi bercuti."

"Baik, bos!" Intan menganggukkan kepala bagai burung belatuk walaupun dia tahu majikannya itu tidak boleh lihat reaksinya.

"Cik Elena, saya letak telefon dulu. Tuan Affan dah datang ni," bisik Intan.

Elena terus menamatkan panggilan mereka berdua. Sebuah keluhan terlepas dari bibir merahnya. Entah bila dia mahu menumpang di rumah Black.

Kalau dia balik ke kondominium miliknya, sudah tentu Puan Sri Rafea akan jumpanya. Dan semestinya dia akan dipaksa menerima perkahwinan yang diatur tersebut.



          PANDANGAN tajam yang diberi oleh Affan kepada Intan yang hanya mendiamkan diri daripada tadi.

"Intan, I'm asking you."

"Where. Is. Elena?" Sepatah-sepatah perkataan itu keluar dari mulutnya menandakan dia sedang menahan bersabar.

"Sa-saya tak tahu tuan-" Tergagap-gagap suara Intan menjawab.

"Macam mana awak tak tahu? You're her secretary!" Suara Affan naik seoktaf.

"Betul! Apa yang saya tahu Cik Elena cuma pergi bercuti," ujar Intan tanpa memandang ke arah Affan.

Cik Elena ni pun satu. Alasan tu tak boleh ke lebih spesifik? Pergi bercuti ke mana?

Jenuh dia mahu menjawab soalan yang sama setiap hari. Sejak empat hari lepas lagi Affan hanya menanyakan soalan yang sama.

Where. Is. Elena?

Kepala otak dia! Jenuh aku nak menjawab.

Affan mendengus geram dan langkah kakinya terus diatur ke pejabat miliknya.

Fail-fail yang berada di atas meja kerjanya itu dihempas kuat menandakan dia amat serabut.

Badan disandarkan ke kerusi pejabatnya itu dan dia memejam mata cuba untuk meredakan serabut dikepala otaknya.

Masih jelas diingatan dia wajah Elena yang penuh dengan kekecewaan pada hari itu. Sejak kejadian itu, Elena terus menghilangkan diri.

Masih marahkan Elena akan dirinya?

Bunyi pintu yang dibuka dari luar diendahkan olehnya. Wangian yang sangat dia kenali mula menerobos masuk ke dalam hidungnya.

"Keluar, Lily." Affan masih tidak membuka matanya.

Dia kenal wangian yang dipakai oleh Lily.

"Affan, I boleh urut you kalau you pening."

Lily mula bergerak mendekati Affan. Rambut Affan cuba dipegang olehnya namun dengan cepat tangannya ditepis oleh lelaki tersebut.

"Kau buat aku makin pening!" Affan bangun dari duduknya dan dia terus keluar dari pejabat tersebut.
Pintu pejabat dihempas dengan kuat menghasilkan dentuman yang hebat. Terhinjut bahu Lily dek kerana dentuman kuat tersebut.

Wajah Lily langsung tidak dipandang olehnya. 

Lily melepaskan keluhan berat.

Ya, Affan memang cintakan Elena..

Bermacam cara dia lakukan untuk goda Affan namun sikit pun lelaki itu langsung tidak terkesan. Buktinya walaupun selepas mereka berkahwin, Affan masih belum sentuhnya. Dia salah dan dia silap kerana merampas Affan dari Elena.

Tapi, dia isteri Affan yang sah dan dia juga layak dapat cinta daripada lelaki itu.
         
Entah apa yang perlu dia rasakan sekarang. 
Marah? Dendam? Geram?

Atau lebih tepat, menyesal?

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now