Bab 22

36K 3.8K 1K
                                    

          SAMPAI sahaja dirumah, Elena terus masuk ke dalam bilik tamu yang pernah dihuninya dahulu. Dia masih sakit hati dengan Black.

Kalau dia tahu lelaki itu akan mengambilnya lewat, sudah lama dia tumpang Intan. Menyesal pula tidak terima pelawaan pembantu peribadinya tadi.

Bilik air dimasuki kemudian tubuhnya yang sudah terasa lemah itu dibersihkan. Sudahlah Elena sememangnya mudah demam jika terkena air hujan.

Usai membersihkan diri, Elena terus keluar dari bilik tamu tersebut dan dapur dituju.

Sempat matanya mengerling ke arah Black yang sedang bersandar pada sofa ruang tamu tersebut dengan rambut yang masih basah.

Mungkin suaminya itu juga baru sahaja siap membersihkan diri sepertinya.

Bahu dijungkitkan tidak kisah kemudian tangannya bergerak mencapai gelas yang berada di dalam kabinet.

Kotak susu berjenama Dutch Lady dikeluarkan dari peti kemudian dituang masuk ke dalam gelas yang diambil olehnya tadi.

Sekadar ingin mengisi perutnya sebelum tidur. Ekor mata sempat menangkap susuk tubuh Black yang kini sedang menghampirinya.

"Kau masih marahkan aku?" tanya Black.

Elena diam tidak menjawab persoalan Black.

"I'm sorry, Sophia. Aku betul-betul terlupa," ujar Black. Memang itu sahaja yang mampu dia ungkapkan dari tadi.

I'm sorry.

Dia langsung tiada niat untuk mengambil Elena lewat dari kerja. Dia hanya terleka, itu sahaja.

"You tak lapar ke?" tanya Elena. Tatapan Black terhadapnya itu dibalas.

Jantung usah dikata, sememangnya tidak normal apabila berhadapan dengan lelaki dingin tersebut.

Black menggelengkan kepalanya tanda dia tidak lapar.

"Okay, then." Elena bangun dari duduknya kemudian gelas yang sudah kosong itu dibawa ke singki.

Nak merajuk lama-lama pun siapa yang mahu pujuk? Tak ada.

Kau orang ingat Black akan pujuk Elena? Boleh jalanlah!

Lengan bajunya disenteng sedikit agar tidak terkena air kemudian gelas yang digunakan olehnya tadi dicuci menggunakan sabun dan dibilas dengan air paip tersebut.

Black juga turut bangun dari duduknya kemudian tubuh Elena yang sedang mencuci gelas itu didekati.

Mata tajam miliknya sempat menangkap kesan merah yang terdapat dipergelangan tangan isterinya.

Laju sahaja dia menarik tangan putih milik isterinya itu kemudian pergelangan tangan yang menunjukkan kesan merah itu dibelek olehnya dengan mata yang jelas menunjukkan ketidakpuasan hati.

"Who did this?"  tanya Black dengan nada yang menahan amarah.

"I jatuh," tipu Elena. Dengan cepat dia menarik kembali tangannya daripada pegangan suaminya itu namun Black lebih pandai meneka reaksinya.

Pegangan pada tangan Elena masih tidak dilepaskan manakala matanya masih galak memerhatikan tangan mulus isterinya itu.

Hanya orang bodoh sahaja yang tidak mampu bezakan antara kesan cengkaman dan kesan jatuh.

"Damn, Sophia! Who did this?" Intonasinya cuba dikawal. Matanya kini naik menikam tajam wajah Elena.

Elena masih mendiamkan diri tidak menjawab persoalan suaminya itu. Dia cuma takut dengan panahan mata Black.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now