Bab 14

32.2K 2.8K 234
                                    

"SAYA jaga hak awak, awak jaga hak saya." Mata dibuka perlahan-lahan tatkala ayat yang dituturkan oleh seseorang itu sering menerjah mindanya. Ayat itu masih terngiang-ngiang di kepala seorang lelaki yang bernama Black Salvatore.

Pintu bilik Elena yang terbuka dari dalam itu menggamit perhatian Black. Terus dia kalihkan pandangan ke sisi, memandang figura yang kelihatan agak tergesa-gesa itu.

"Kau nak pergi mana?" tanya Black apabila melihat Elena memakai pakaian yang sama ketika mereka berjumpa di bukit sebelum ni.

"Lari. Jauh dari you! Jauh dari semua orang! You nak tahu kenapa? Sebab perbuatan I lari dari mom sama sahaja macam keluar mulut buaya masuk mulut harimau! Tak ada beza langsung!"

"Lari sejauh mana kau nak lari. Kalau aku jumpa, kau kena kahwin juga dengan aku," ujar Black tanpa memandang ke arah Elena.

Sebuah keluhan berat dilepaskan oleh Elena.

"Sekarang ni, kenapa you nak sangat kahwin dengan I?" Dia bercekak pinggang. Mata Black ditenung lama menanti jawapan dari mulut lelaki dingin tersebut.

"I have my own reason, don't ask my why," jawab Black dingin.

"I need to know the reason! Kenapa I tak boleh tanya pula?!" marah Elena. Dia betul-betul tak faham dengan perangai Black ni!

"I hate answering. End of discussion." Elena menjeling lelaki kacak itu dengan perasaan bercampur aduk.

"You ingat I ni nak sangat ke kahwin dengan you?! Entah-entah you ni penjahat ataupun gangster yang entah datang dari mana! I tengok muka you pun I dah tahu you ni penyangak! Kalau I tahu you ni ada muslihat sendiri, dah lama I lari dari sini!" luah Elena panjang lebar.

Black tersenyum senget.

"Banyak benda yang kau belum tahu, Sophia. A lot." Mata Black berlaga dengan anak mata Sofia.

"Jadi, bagitahu lah!"

"Sure. Marry me first, gorgeous." Black memandang perempuan dihadapannya itu tanpa perasaan. Elena mendengus kasar. Tak habis-habis.

Kaki dihentak kuat ke lantai kemudian pintu besar rumah tersebut dibuka olehnya. Sempat dia menjeling telefon nokia yang berada di atas meja. Dia perlukan telefon tersebut!

"Aku bagi kau 30 minit, Sophia." Black tersenyum penuh makna tersirat. 30 minit untuk Elena Sophia larikan diri daripadanya.

Tak menunggu lama, tangan Elena terus mencapai telefon nokia yang pernah menjadi temannya itu. Langkah kakinya terus memecut laju keluar dari perkarangan rumah besar milik Black.

Great, Elena! Kau nak pergi mana tengah malam buta ni?

Kebetulan sebuah teksi lalu di kawasan perumahan tersebut, cepat sahaja tangan Elena melambai cuba untuk menarik perhatian pemandu teksi tersebut.

Tubuh dibolos masuk ke dalam perut teksi tersebut dengan tergesa-gesa.

"Pakcik, cepat jalan pakcik!" gesa Elena sambil menepuk-nepuk kusyen kereta tersebut.

Pemandu tersebut terus menganggukkan kepalanya.

"Er Cik.. Dah 30 minit saya memandu tanpa hala tuju ni. Cik nak pergi mana sebenarnya?"

"Tak tahu lah, pak cik.. Saya ni duit pun tak ada." Sedar akan keterlanjuran katanya, Elena terus mengetap bibir.

"Cik tak ada duit?! Habis tu duit minyak teksi ni siapa yang nak bayar?" Pemandu teksi tersebut terus menghentikan keretanya secara mendadak.

Elena menepuk mulutnya. Elena!!

"Lebih baik cik turun sekarang," arah pemandu teksi tersebut kepada Elena yang hanya membatu di belakang.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now