Bab 18

33.2K 2.9K 520
                                    

ELENA memerhatikan segala lukisan yang tergantung di dinding bilik itu dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

Jari runcingnya naik menyentuh lukisan tersebut dengan perlahan dan lembut. Dia sukakan lukisan-lukisan yang tertampal disitu. Sangat menyenangkan.

Ada lukisan pemandangan yang Elena yakin merupakan sebuah pemandangan dari bukit di Florence, Italy.

Dia tahu kerana dia pernah berada di situ. Menikmati pemandangan dan menghayati ciptaan tuhan.

Deheman seseorang membuatkan Elena terus kembali ke alam nyata. Tangannya dialihkan dari lukisan yang tergantung di dinding tersebut dan matanya terus naik memandang wajah suami yang beriak dingin.

"Why are you here?" tanya Black sambil melangkah ke arah Elena yang terdiam di tempatnya.

Terkedip-kedip Elena di tempatnya manakala kaki pula terasa digam pada lantai marmar bilik tersebut. Wangian Dior Sauvage yang dipakai oleh Black kian menusuk hidungnya membuatkannya bertambah gugup.

"I- You cakap I tak boleh masuk bilik sebelah tu, bukan bilik yang ni." Elena memberanikan diri menjawab pertanyaan Black.

Tubuh Black yang semakin merapat dengannya membuatkan kakinya terus mengundur setapak ke belakang.

Perlahan-lahan Black menundukkan tubuh agar wajahnya berada di paras yang sama dengan wajah Elena.

Elena memejamkan matanya tatkala dapat dirasakan hembusan nafas Black diwajahnya.

"Ada habuk," ujar Black lalu membuang habuk yang melekat di rambut isterinya.

"Oh. Thanks," jawab Elena lega apabila Black mula menjauhkan jarak dengannya.

"You suka melukis?" tanya Elena teragak-agak.

Black diam tidak menjawab persoalan Elena. Tangan kekarnya bergerak membuka dua butang teratas kemeja putihnya kemudian lengan bajunya disenteng hingga ke paras siku.

Mata Elena memerhati urat yang timbul di lengan kekar milik suaminya. Haduh! Hensem betul. Ini yang tak boleh ni. Lemah!

"What?" tanya Black apabila sedar akan renungan Elena pada lengannya.

"Hah? Tak ada apa-apa." Elena menggelengkan kepalanya laju bagi menyangkal apa yang berada di fikirannya.

Jangan menggatal, Elena!

Black tersenyum herot seakan-akan tahu apa yang berada difikiran Elena.

"I love arts," ujar Black tiba-tiba.

Punggung dilabuhkan di atas bangku dihadapan tripod kayu yang terletaknya sebuah kanvas putih.

Tangannya bergerak di atas kanvas putih tersebut, melukis perkara yang bermain difikirannya. Wajah Black yang serius itu diperhati oleh Elena dengan lama.

Tanpa segan silu, Elena juga turut melabuhkan duduk disebelah Black.

"Ajarkan I melukis." Tangan Black yang sedang memegang sebuah pensil itu dipegang olehnya kemas.

Tak semena-mena, mata Black naik menikam wajah Elena yang tersengih tidak bersalah.

"What? I pun nak belajar melukis," kata Elena sekali lagi.

Black menganggukkan kepalanya. Tangan Elena dipegang dan tangan mereka sama-sama bergerak di atas kanvas putih tersebut.

Elena teguk liur. Menyesal lah pula berada sedekat ini dengan Black. Dapat dirasakan setiap hembusan nafas hangat Black pada wajahnya.

"My mom was a great artist." Black bersuara memecahkan suasana yang sepi.

Was?

Adakah ibu Black sudah tidak melukis lagi? Atau sudah bersara? Siapa tahu? Perasaan ingin tahu dalam diri Elena kian menggelojak teruja. Dia ingin tahu.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now