Bab 12

32.6K 2.5K 485
                                    

           TERBATUK-BATUK lelaki itu tatkala sebuah tendangan mendarat pada abdomennya. Wajah tua yang bengis itu dipandang kosong seakan-akan merelakan apa sahaja tindakan lelaki itu.

Dush!

Sebuah sepakan terkena tepat di bahagian yang sama tanpa sempat dia menstabilkan diri. Tubuhnya terpelanting ke belakang dan darah mula membuak-buak keluar dari mulutnya.

"Maafkan Affan," ujar Affan dengan darah yang tak henti-henti mengalir dari bibirnya.

"Bodoh!"

Kolar baju anaknya yang sudah bertukar warna merah itu direnggut kasar kemudian tubuh tegap itu dihempas ke dinding.

"Anak tak kenang budi!"

Affan hanya membiarkan dirinya dipukul oleh Dato' Azam. Bukan tidak mampu melawan, tapi dia sudah terbiasa menjadi tempat melepaskan kemarahan si ayah.

"Affan minta maaf." Sekali lagi Affan bersuara dengan nada seakan-akan merayu.

"Kau dah kahwin?!" Wajah bengis Dato' Azam benar-benar membuatkan Affan gerun.

"Kau kahwin dengan perempuan mana?!"

Dush!

Sebuah tumbukkan dihadiahkan betul-betul pada rahang anaknya. Segala kesan lebam yang sudah diberikan olehnya itu langsung tidak membantutkan perbuatannya.

Malah dia semakin marah tatkala melihat wajah Affan.

Marah yang teramat.

"Abang! Bawa mengucap abang!" Datin Hasnah datang menahan suaminya dari terus memukul satu-satunya anak tunggal mereka.

"Lepaskan aku! Budak ni memang patut diajar!" Tubuh isterinya itu ditolak kasar membuatkan wanita itu jatuh terjelopok di atas lantai.

"Kau nak marah, pukul aku! Bukan mama!" Affan menatap berani wajah tua bengis dihadapannya itu.

"Anak tak guna! Kau kahwin dengan perempuan entah dari mana, merosakkan rancangan aku!" amuk Dato' Azam. Kayu golf yang berada di sebelahnya itu dicapai.

Datin Hasnah sudah menangis teresak-esak ditempatnya. Dia tak percaya hubungan suami dan anaknya itu akan menjadi sebegini rupa.

Kayu golf yang berada di tangannya itu dihayun tinggi kemudian badan Affan dipukul dengan kuat melepaskan segala rasa amarah.

"Disebabkan kau!"

Pukul.

"Elena!"

Pukul.

"Nak batalkan perkahwinan!"

Pukulan terakhir yang terasa amat kuat itu membuatkan Affan jatuh menyembam lantai bilik kerja tersebut. Darah membuak-buak keluar dari mulutnya kemudian dia gagahkan diri dan bangun menghadap Dato' Azam.

"Kalau kau nak sangat jawatan dalam Hydra, kau kahwin dengan Mak Long!" jerkah Affan kuat manakala renungan tajam ayahnya itu dibalas berani.

Tersentak Datin Hasnah tatkala ayat itu keluar dari mulut anaknya.

"Kurang ajar!"

Sekali lagi kayu golf itu dihayun tinggi dan badan anak lelakinya itu dipukul kuat.

"Aku dah tak nak teruskan rancangan bodoh ni! Kalau kau nak sangat jawatan dalam Hydra, kau uruskan sendiri!" Nada yang digunakan oleh Affan menaik tinggi.

Nafas ditarik kemudian dihembus kuat, "Affan betul-betul cintakan Elena! Rancangan bodoh ni langsung tak bagi apa-apa kepentingan pada Affan!"

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now