Prolog

14.3K 606 26
                                    

ROME, ITALY

SEORANG kanak-kanak lelaki melemparkan pandangannya ke arah pemandangan yang terbentang luas di hadapannya tanpa menoleh sedikitpun ke arah lelaki yang berada di sebelahnya. Lama mendiamkan diri, akhirnya dia berpaling ke arah sisinya. Wajah didongakkan ke atas. Kini, anak mata mereka berdua bersatu.

"È vero, padre? (Is it true, father?)" soal kanak-kanak itu secara tiba-tiba. Riak wajahnya jelas menunjukkan betapa dia memerlukan penjelasan daripada lelaki di sebelah itu.

"That I am not your son? That you are not my biological father?" Dia menyoal. Pandangan matanya dingin. Khabar angin mengenai dirinya yang tersebar cukup membuatkan dia resah dan tidak senang duduk.

Apabila melihat lelaki di sebelahnya mengukirkan senyum, wajah dingin miliknya berubah neutral. Apa yang dia tahu, dia hanya menginginkan penjelasan tentang status dirinya di dalam keluarga besar tersebut.

Di dalam keluarga Salvatore.

"You're still my son, Black. You're still a Salvatore. Niente può cambiare il fatto che sei un Salvatore (Nothing can change the fact that you're a Salvatore)," ujar Marco kepada anaknya. Terselit bahasa Itali dalam perbualan mereka.

Mungkin khabar angin yang tersebar itu agak susah untuk diterima oleh Black.

Walaupun Black hanyalah sekadar seorang anak angkat dalam keluarga besar Salvatore tersebut namun kasih sayangnya terhadap anak itu cukup mendalam.

Hal ini kerana sejak lahir lagi, Black ditinggalkan dan dibesarkan dalam keluarga Itali tersebut tanpa mengetahui kebenaran tentang dirinya sendiri. Dan secara jujurnya, Marco sendiri amat takut dengan penerimaan Black.

Dia sayangkan Black seperti anak kandungnya sendiri walaupun darah Salvatore langsung tidak mengalir di dalam salur darah anak lelakinya itu.

Senyuman tipis terukir pada bibir Black apabila mendengar ujaran Marco.

Dia menganggukkan kepalanya. Saat itu juga dia dapat merasakan usapan tangan Marco pada belakangnya.
Ya, dia masih seorang Salvatore dan sehingga akhir hayatnya juga nama Salvatore akan sentiasa dibawa olehnya.

Kerana apa?

Kerana dia ialah Black Salvatore.

Bunyo telapak kaki yang semakin mendekat ke arah mereka berdua membuatkan masing-masing berpaling secara serentak. Dan saat itu, wajah orang kanan yang amat dipercayai oleh Marco menyapa retina mata mereka.

Senyuman terkoyak lalu Black segera menghayun langkah mendekati lelaki yang segak dengan sut hitam dan alat kecil yang tergantung di telinganya.

Saat melihat tubuh kecil Black mendekatinya, senyuman lebar terus terkoyak pada bibir Zach.

Atau lebih tepat..

Ayah kandungnya.



"STOP crying, Bella." Suara Black sekali lagi kedengaran, langsung tidak berhenti daripada memujuk si gadis bernama Bella agar berhenti menangis. Seketika, dia melepaskan keluhan berat. Dia sudahlah tidak reti memujuk. 

"No!" ujar Bella yang masih belum mengangkat wajahnya. Air hidungnya disedut laju apabila ada sebahagiannya mula mengalir keluar. 

"I am still your brother, Bella. I'll protect  you like always. Forever," kata Black lembut.

Dia mengelus lembut belakang tubuh Bella yang muda 3 tahun daripadanya itu.

Bella Salvatore.

Merupakan anak kandung Marco dan isterinya. Selepas tiga tahun mengambil Black sebagai anak angkat, akhirnya mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata. 

Hubungan Black dan Bella tersangatlah akrab. Dan sehingga kini, apabila Bella mendapat tahu bahawa Black bukanlah abang kandungnya, dia masih tidak boleh menerima kenyataan. Dia tidak mahu Black pulang bersama Zach. Baginya, Black perlulah sentiasa berada di sisinya, menjaga dan menemaninya.

"Uncle Zach will take you from me." Teresek-esak Bella mengutarakan ayat tersebut.

Benar. Jika boleh, dia tidak mahu mengetahui tentang kebenaran tersebut.

"Good thing is that I'm staying," kata Black selamba membuatkan Bella terus memanggung kepalanya.

Matanya membulat tanda terkejut, langsung tidak berhenti daripada memandang seraut wajah Black yang beriak biasa.

"Veramente?! (Really?!)" Melonjak tinggi suara Bella. Sudah tiada tangisan tadi, yang ada hanyalah suara yang jelas menunjukkan keterujaan dan ketidakpercayaan. Black pula terus menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Ya, dia akan tetap tinggal di Itali. Dia masih seorang Salvatore, seperti yang diberitahu oleh ayahnya, Marco.

"I love you, brother!" Tubuh Black terus didakap oleh Bella. Dia memeluk tubuh abangnya itu bagaikan tidak mahu lepas.

Seketika, senyuman pada bibir Bella terus memudar secara mendadak apabila tiba-tiba sahaja rambut ekor kudanya ditarik dari arah belakang dengan kuat. Masam mencuka wajah Bella saat itu. Tidak perlu berpaling ke arah belakang pun dia sudah tahu siapa yang akan berbuat sedemikian kepadanya.

"Isaac!!" jerit Bella sebaik sahaja dia berpaling ke arah belakang. Kanak-kanak lelaki yang berambut keperangan itu dijeling oleh Bella tajam. Tidak membuang masa, Bella terus sahaja meluru ke arah Isaac yang sedang tersenyum mengusik kepadanya dengan perasaan sebal. Isaac pula terus melarikan diri daripada Bella.

Tubuh Bella yang sedang mengejar dan Isaac yang sedang melarikan diri itu dikerling oleh Black dengan gelengan. Dia berpaling ke arah sisinya, Seth yang juga turut berada di situ juga turut sama menggelengkan kepala melihat gelagat Bella dan Isaac. Pantang bertemu, pasti ada sahaja perkara yang bakal digaduhkan oleh mereka.

"Hurry up, Hanz!" Suara garau yang agak tinggi dan kedengaran agak garang itu menggamit perhatian Black dan Seth.

Mereka terus berpaling secara serentak ke arah sumber suara tersebut. Seorang lelaki dewasa yang sedang menghayun langkahnya laju diikuti oleh seorang kanak-kanak yang mereka yakini bernama Hanz menyapa pandangan mereka.

Black dan Seth hanya memerhati kanak-kanak lelaki yang kelihatan agak mendung wajahnya itu dengan tempoh yang agak lama.

Lama.

Sebelum Hanz juga turut sama memandang ke arah mereka berdua. Pandangan mereka bertiga bersatu.

Dan bermula saat itulah persahabatan di antara mereka berlima bermula.

Black, Seth, Hanz, Isaac dan Bella.




♡♡♡

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now