Bab 17

33.6K 2.7K 834
                                    

       FIRDAUS mendengus kasar. Jam yang terpasang dipergelangan tangannya itu diperhatikan sekali lagi.

"Hoi, waiter!" jerit Firdaus di dalam Kafe milik Shah tersebut. Seorang pekerja wanita itu terus melangkah laju ke arah meja yang diduduki oleh Firdaus.

"Kimchi mana kimchi?" tanya Firdaus kepada perempuan yang sudah beriak gentar. Perempuan sama yang dia usik 4 tahun lepas.

Setiap kali Firdaus datang, setiap kali itulah dia diusik dengan pertanyaan 'kimchi mana kimchi'.

Nak buat macam mana, memang hobi dia usik orang. Kalau ada readers yang cakap Firdaus suka perempuan lembik ni, Firdaus santau dia.

"Encik nak makan apa?" tanya pelayan wanita tersebut.

"Aku nak kau panggil bos kau."

Terkulat-kulat wanita itu tatkala ayat itu keluar dari mulut lelaki otak senget tersebut.

"Encik janganlah bagitahu bos yang saya lewat ambil order encik. Saya tak sengaja," ujar perempuan tersebut.

"Apa kau cakap?" tanya Firdaus.

"Saya cakap.. Encik janganlah bagitahu bos tentang kecuaian saya," ulang pelayan yang diberi nama Batrisya itu.

"Maaf saya tak faham bahasa tahi hidung." Hidungnya dicongetkan ke atas mengusik pelayan tersebut.

"Lelaki gila!" getus Batrisya geram kemudian meninggalkan Firdaus yang sedang beriak kemenangan itu sendirian.

"Daus!" Shah keluar dari dapur besar kafe tersebut kemudian tubuh Firdaus didekati. Kerusi disebelah ditarik kemudian dia mendaratkan punggung disebelah sahabatnya tersebut.

"Kau ni selalu usik Batrisya. Dari empat tahun lepas lagi aku perhati. Kau suka dia ke?" tanya Shah berbaur sindiran. Aneh. Firdaus suka Batrisya ke?

"Bodoh! Minta simpang 44 malaikat ke jalan highway karat! Aku tak suka dia lah!

"Ni aku nak tanya kau wahai Chef Shah! Kafe kau ni dari empat tahun lepas lagi memang tak ada kimchi ke? Puas aku minta kimchi!" tanya Firdaus dengan nada agak tinggi.

Bertahun juga dia cari kimchi di Kafe Shah ini.

"Tak ada. Kau nak kimchi, kau pergi buat sendiri."

Firdaus mencebik. Kalau aku reti buat, dah lama aku buat tau?

"Ini apa khabar anak kau si Piranha tu?" tanya Firdaus.

Tak semena-mena belakang kepalanya ditepuk kuat oleh Shah.

"Rihana. Nama anak aku Rihana," ujar Shah. Terselit nada ketegasan disitu.

"Kau tahu apa? Anak kau tu kerja gigit aku je! Kau tengok ni!" Lengan bajunya diselak ke atas menampakkan kesan gigi hasil gigitan seorang kanak-kanak.

"Haah. Aku yang suruh dia gigit kalau kau usik."

"Aku benci kau, setan," sembur Firdaus tepat dihadapan ditambah dengan pakej air liur dibiarkan terpercik ke wajah kacak Shah.

Baru semalam dia digigit oleh Rihana ketika datang melawat Shah sekeluarga di rumah besar Professor Dr. Suleyman.

Semasa dia datang melawat, tak ada lah pula kelibat Shah.

"Tak sekarang ni, kenapa kau datang sini?" tanya Shah.

"Aku?" Jarinya ditunjuk ke arah diri sendiri.

Shah menganggukkan kepala malas melayan Firdaus yang suka berbasa-basi dengannya.

"Aku tengah tunggu kawan Black yang dari Itali. Kiranya aku ni tourist guard dia orang lah. Aku baru tahu betapa berfungsinya hidup aku dekat dunia ni."

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now