Bab 3

37.5K 2.9K 986
                                    

         BLACK memperlahankan motorsikal yang dinaiki olehnya sambil memerhati seorang wanita yang baru sahaja pulang dari sebuah pasaraya.

"Tolong! Peragut!" Jerit wanita itu apabila tas tangannya diragut oleh seorang pemuda yang menaiki motorsikal cabuk.

Peragut itu memecut motornya dengan laju namun nasibnya malang apabila dia lalu betul-betul disebelah motor Black.

Tidak menunggu lama, Black menyepak motor tersebut dengan sebelah kakinya membuatkan motorsikal tersebut terus jatuh terbabas.

"Bodoh." Black turun dari motorsikalnya kemudian sebuah tumbukkan diberi kepada peragut tersebut.

Beg yang berada di dalam raga motor itu diambil kemudian dia hulurkan kepada mangsa ragut tadi.

"Terima kasih.." Dapat dilihat bias kerisauan di wajah wanita itu.

Black mengendahkan wanita itu kemudian dia terus menaiki motorsikalnya.

"Kita.. pernah jumpa?" Jantung Black bagaikan berhenti berdegup apabila mendengar soalan tersebut.

Ring!

Serentak itu telefon bimbit milik Black berbunyi, nafas lega dilepaskan.

"Kenapa?"

"Okay."

Kini tumpuannya beralih kepada wanita dihadapannya yang memandangnya penuh hairan.

"Tak pernah." Motor hitam pekat berkuasa tinggi itu terus memecut laju meninggalkan wanita tadi terpinga-pinga.




          SEORANG lelaki sedang menjeling dua orang kanak-kanak dihadapannya dengan perasaan sebal. Tubuhnya dipeluk kemudian dia mencebikkan bibir.

Dia tidak puas hati dengan dua orang budak tersebut. Memang tidak puas!

Sepatutnya waktu minggu sebegini, dia tidur sahaja di rumah.

"Pesanan encik sudah siap."

"K." Bersahaja lelaki itu menjawab.

"Thank you!" Dua orang kanak-kanak itu menjawab dengan ceria. Dia menjeling lagi dua orang kanak-kanak dihadapannya itu. Nak menganjing aku lah tu!

"Daddy said, we need to say thank you." Budak perempuan itu bersuara.

"Papa said tak elok bermasam muka depan rezeki.." Si kanak-kanak lelaki itu pula bersuara.

Firdaus menjeling dua orang budak dihadapannya itu dengan perasaan sebal. Dua orang itu kalau bergabung, kerjanya asyik nak kenakan dia sahaja.

"Aku call bapak kau orang karang!" Ugut Firdaus.

Kayra menjungkitkan bahu, "Daddy work.."

Dua buah pinggan yang berisi chicken chop itu diambil oleh Firdaus kemudian dia memotong kepingan besar ayam itu kepada kepingan-kepingan kecil.

"Dah jom makan.." Akhirnya Firdaus mengajak mereka makan selepas siap memotong ayam tersebut.

Kelihatan kedua-dua budak lelaki dan perempuan itu terus melantak makanan dihadapan mereka.

Firdaus berdehem kemudian dia menadahkan tangannya sambil mata mengerling Kayra dan Rizqin.

"Bismillahhirahmannirahim!" Sengaja dia kuatkan suara supaya Kayra dan Rizqin terasa dengannya.

Doa makan dibaca oleh Firdaus dengan nada yang agak kuat namun Kayra dan Rizqin hanya mengendahkannya sahaja.

"Doa pun tak baca.." Gumam Firdaus kemudian dia terus memotong Lamb Chop dihadapannya.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now