Bab 7

31.9K 2.7K 571
                                    

        ELENA mendengus geram tatkala terasa kakinya seperti ingin patah. Mata diliarkan ke sekeliling.

Jam tangan di pergelangan tangannya ditilik. Sudah masuk pukul 10 malam dan dia masih berkeliaran di kawasan terbuka ini.

Menyesal pula dia tidak tunggu di surau tadi. Selepas tunaikan solat isyak terus dia keluar dari situ dan berjalan tanpa arah tuju.

Sudahnya sekarang dia berada di bukit. Bukit mana pun dia tidak tahu. Apa yang dia tahu, kawasan ini agak curam dan langsung tiada kereta atau kenderaan yang lalu di sini.

Dia tak takut dengan hantu.

Kalau ada hantu yang berani ganggu dia, memang hantu tu makan penampar dia lah.

Penampar Miss Hitler.

Elena mengeluh buat kesekian kalinya. Batu-batu yang berada di lereng bukit itu disepak olehnya. Huh! Menyesal betul pakai kasut tumit tinggi.

Kasut tumit tinggi hitamnya itu ditanggalkan dan dipegang dengan sebelah tangan.

Dia berhenti di lereng bukit dan mula mendaratkan punggung di atas rumput yang agak lembap tersebut. Tumit kakinya yang mula membengkak diurut perlahan.

Wajah didongakkan ke atas memandang langit yang tersergam indah dihadapannya.

Lama dia memerhatikan bintang-bintang yang bersinar di langit itu dan tanpa dia sedari air matanya mula menitis.

Lututnya dipeluk erat melepaskan tangisan yang ditahan daripada tadi.

Orang lihat dia kuat dan tabah tapi sabarnya juga ada tahap. Terhinjut-hinjut bahu Elena tatkala teringatkan kejadian tadi.

Affan..

Dah kahwin.

And the worst is,

His wife is Lily, her own friend.

Sekarang Elena rasakan dia tak ubah seperti boneka di mata orang lain. Senang diarah dan senang dipermainkan. Kalau tidak mahu, buang.

Dia bangun dari duduknya dan tangannya didepakan luas manakala mata yang masih basah dengan air mata itu dipejam erat.

"Nak bunuh diri?" Suara garau menyapa gegendang telinga Elena membuatkan matanya terus terbuka luas.

"What?" Soalan berbalas soalan. Elena memandang lelaki yang mengenakan t-shirt hitam yang sedang bersandar di sebuah motor berkuasa tinggi tersebut dengan pandangan hairan.

Siapa yang nak bunuh diri?

Dan kalau dia mahu bunuh diri sekali pun, apa kaitan dengan lelaki misteri tersebut?

Tak ada langsung!

"Kalau kau nak bunuh diri, cari tempat lain." Lelaki itu berpeluk tubuh.

Mata helangnya memandang tepat ke dalam mata Elena yang beriak bingung.

"Dekat sini tempat aku lepak dan aku tak nak tempat ni jadi berhantu," sambung lelaki itu sinis.

Elena terpampang di tempatnya. Ingatkan baik sangat! Rupanya tak bagi dia bunuh diri dekat sini sebab ini tempat lepak dia je?!

"Sorry, mr.. iceberg? For your information, tempat ni langsung tak ada tulis nama you jadi I boleh buat pilihan sama ada untuk mati di sini atau tidak."

"And that's none of your bussiness," sambung Elena lagi. Panahan tajam mata si dia dibalas dengan berani.

Dia takut apa?

"Really?" Black berjalan mendekati Elena.

"Jadi kalau kau jadi santapan orang malam ni, bukan urusan aku juga kan?"

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now