Bab 13

31.4K 2.7K 1K
                                    

DERINGAN telefon membantutkan kerja Black dipejabat. Telefonnya yang berbunyi dari tadi dijawab olehnya dengan perasaan sebal.

Sudah beberapa kali Elena menelefonnya namun semua panggilan itu diabaikan olehnya. Tapi kali ini kesabarannya sudah menipis. Jawab sahajalah, Black..

Mana tahu ada benda penting.

"What do you want, Sophia?" tanya Black malas.

Ada sahaja benda yang Elena ini mahu mengganggu dia.

"Black!"

"Ada ular dalam rumah!" ujar Elena dengan suara yang bergetar. Terbuntang mata Black tatkala perkataan 'ular' keluar dari mulut Elena.

"I takut," sambung Elena lagi.

"Stay where you at, Sophia. Tunggu aku balik," balas Black laju. Kunci keretanya dicapai kemudian kot yang tersangkut disauk ke tubuh tegapnya.

Dengan laju, pintu pejabat itu dibuka olehnya.

"Ke mana, Black?" Kebetulan Adrian juga baru sahaja keluar dari pejabatnya.

"Aku balik rumah sekejap."

Adrian menganggukkan kepalanya kemudian tubuh Black yang sudah menjauhinya itu dikerling dengan ekor mata.

Telefonnya kembali dilekap ke telinga kemudian sebuah sengihan lebar terkoyak dibibirnya,

"Yes, love? Ya.. Abang balik lunch dekat rumah hari ni," ujar Adrian lembut kepada si pemanggil.





PINTU rumah dibuka dengan tergesa-gesa oleh Black. Kelibat Elena dicari dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Sophia?" Pintu bilik yang menempatkan Elena dibuka olehnya perlahan-lahan. Tidak berkunci!

Makin berkerut dahi Black apabila melihat tubuh Elena yang sedang bermain telefon jenama nokia itu dengan sengihan lebar.

"Oh, Black? You dah balik?" tanya Elena tanpa memandang ke arahnya.

"Kau buat apa, Sophia?"

"I tengah main game ular ni. You nak join?" Telefon nokia 3310 itu diangkat tinggi dan ditunjuk ke arah lelaki yang berdiri dihadapan pintu tersebut.

Black meraup mukanya kasar. Tahulah dia bahawa dia baru sahaja ditipu hidup-hidup oleh Elena Sophia.

"Wait! Jangan cakap you terus datang sini lepas I call tadi?!" Elena menekup mulutnya tidak percaya.

Oh abe Black!

"Don't you dare scare me like that again, Sophia." ujar Black senada. Mata Elena direnung tajam.

Crap. Wahai jantung tolonglah beri kerjasama! Bagaimana seseorang boleh merenungnya dengan tajam dan dia boleh fikir bahawa itu merupakan sesuatu perkara yang hot?!

Senyuman di bibirnya dikawal kemudian telefon nokia yang berada di tangannya ditutup.

"You risaukan I?" Elena berjalan mendekati Black.

Black diam.

Dinding pipi ditolak dengan lidahnya kemudian matanya naik menikam wajah Elena yang tersengih tidak bersalah.

"Marry me." ujar Black tiba-tiba.

Mata Elena terbuntang. Dah gila ke?!

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now