Bab 19

33K 2.9K 739
                                    

PINTU rumah dibuka oleh Elena kemudian keningnya naik bertaut. Dua orang jejaka yang tidak dikenalinya itu menambahkan lagi kerutan di dahi licinnya.

Kening Isaac turut sama berkerut apabila terpandangkan wanita yang berada di rumah sahabatnya itu.

"Isn't this Black Salvatore's house?" Isaac cuba beramah mesra.

Laju kepala Elena mengangguk bagi menjawab pertanyaan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Come in." Pelawanya kepada dua orang lelaki itu.

"Terima kasih." Elena menganggukkan kepalanya. Oh reti Bahasa Melayu rupanya.

Tak menunggu lama, Isaac dan Seth mula melangkah masuk ke dalam rumah tersebut. Kedua-dua mereka merehatkan tubuh di atas sofa besar di ruang tamu kemudian mata masing-masing meliar disekeliling rumah.

"Awak siapa?" tanya Isaac sekadar ingin tahu.

"Saya.."

"My wife." Black yang entah datang dari mana, memotong laju ayat Elena. Pinggang Elena dipaut olehnya erat membuatkan wanita itu gugup.

Mata Isaac membuntang tanda tidak percaya dengan apa yang didengari dan baru sahaja disaksikan olehnya.

Seth yang dari tadi hanya berdiam diri juga turut memandang ke arah Black dan Elena.

"What are you guys doing here?" soal Black malas. Entah apa urusan dua orang malaun itu datang ke rumahnya.

Pinggang Elena dipegang kemas agar wanita itu tidak tidak bergerak menjauh darinya. Sedaya upaya Elena cuba untuk merungkaikan pegangang Black di pinggang rampingnya namun hampa, sia-sia sahaja usahanya kerana lelaki itu masih berkeras.

"Bro? Since- uh- when?" tanya Isaac dengan nada tidak percaya. Sejak bila Black kahwin?

Black diam tidak menjawab. Langsung tidak berminat untuk menjawab persoalan Isaac tentang perkahwinannya dan Elena.

"Duduklah. I nak pergi buat air." Elena terus meninggalkan mereka bertiga di ruang tamu kemudian dapur dituju olehnya.

Dada dipegang. Aduhai! Ini tidak boleh jadi!

Tangannya bergerak mencapai gelas dan jug minuman untuk membancuh air kepada dua orang tetamunya itu.

Sementara di ruang tamu pula,

"Bro!" Isaac terus mendakap tubuh Black. Setelah dua tahun tidak berjumpa dengan sahabatnya itu akhirnya mereka dapat juga melepaskan rindu.

Kali terakhir dia berjumpa dengan Black ialah ketika lelaki itu datang melawat ke kubur ayahnya, Zach Abdullah di Italy.

Itupun tanpa pengetahuan Marco Salvatore. Mereka faham betapa bencinya Black kepada Marco.

"Kan aku dah cakap, jangan datang. I can handle this on my own."

"Ye ye.. Kita orang tahu lah semua kerja ni celah gigi kau je! Tapi, biarlah kita orang datang lepaskan rindu ni." Tubuh Black sekali lagi didakap erat oleh Isaac.

"Stop it, Isaac." Jelas menunjukkan bahawa dia malas melayan perangai tidak semenggah Isaac Ashton.

"Black."

"Seth." Masing-masing menepuk bahu sesama sendiri.

Berlawanan dengan Isaac, Seth tidak pula memeluk Black. Bukankah kelihatan lucu jika dua orang lelaki beku itu berpelukan? Ya, sangat lucu.

"Malam ni kita lepak jom. Dah lama tak spend time sama-sama."

"I can't leave my wife alone," jawab Black sebaik sahaja dia melabuhkan duduk di sofa ruang tamu tersebut.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now