Bab 5

34.5K 2.7K 178
                                    

        PUAN SRI RAFEA memandang lelaki dihadapannya. Sampul berwarna coklat yang dihulurkan sebentar tadi diambil dan dibuka. Terangkat keningnya tatkala isi sampul itu menjamah kornea mata.

"Married?" Kamal, orang kanan Tan Sri Emran menganggukkan kepala bagi menjawab persoalan majikannya itu.

"Berapa lama dah?"

"Dalam 3 bulan. Tapi dia jarang balik rumah isteri dia."

"Azam tahu tak?" tanya Puan sri Rafea kepada anak buah suaminya itu lagi.

Kamal menggelengkan kepala, "Tak. Dia kahwin senyap-senyap."

"Tak apa.. Awak perhatikan sahaja dia buat masa sekarang."

"Oh satu lagi, Tengku Hashim terima tak cadangan saya?"

"Dia terima. Anak Tengku Hashim pun tak bantah." Puan Sri Rafea tersenyum lebar tatkala mendengar jawapan tersebut.

"Good. Nanti awak tolong beritahu Elena untuk balik ke rumah hujung minggu nanti. Saya nak berbincang dengan dia.."

Tidak menunggu lama, Kamal terus melangkah keluar dari bilik kerja tersebut.

"Maria." Pembantu peribadinya disebelah dipanggil.

"Ye, puan?"

"Tolong cari maklumat pasal dia ni..." Sekeping gambar dihulurkan kepada pembantu peribadinya.

"...kemalangan suami saya ada kaitan dengan dia."

Maria memerhatikan gambar tersebut kemudian keningnya naik bercantum.

"Kenapa puan tak suruh Kamal? Dia lebih arif tentang hal ni daripada saya," tanya Maria pelik.

Memang aneh. Kamal merupakan orang yang sangat cekap dan pantas dalam membuat kerja bukan sepertinya.

Tak dinafikan dia juga reti dalam mengumpul maklumat, namun dia mungkin mengambil masa yang agak lama daripada jangkaan.

"Buat masa sekarang kita tak boleh percayakan sesiapa, Maria. Hanya saya, awak dan juga Elena. Jangan percayakan orang luar."

Maria menganggukkan kepala. Situasi yang genting tatkala kesihatan Tan Sri Emran semakin merosot.

Harta menjadi rebutan manakala nyawa pula dipertaruhkan.


         "IBU!"  Elena memeluk erat seorang wanita dihadapannya itu. Eratnya pelukan itu bagaikan tidak mahu dilepaskan untuk menghilangkan segala rasa rindu yang terbuku.

"El ni.. Tak boleh bernafas ibu dibuatnya," ujar Puan Aisya lembut.

"Sorry! El rindu sangat-sangat dekat ibu. Dah dua minggu tak jumpa, kan?" Bahu wanita dihadapannya itu digosok manakala bibirnya masih tidak lekang dengan senyuman.

"Aih.. Apa tak nampak ke mom tercegat dekat depan ni?" Terletus tawa Elena dan Puan Aisya tatkala rungutan Puan Sri Rafea kedengaran di pendengaran mereka.

Tangan Puan Sri Rafea dicapai dan dikucup, "El rindu mom juga."

Kepala anak tunggalnya itu diusap dengan lembut. Elena sememangnya rapat dengan Aisya yang merupakan pembantu rumah mereka.

Mana tidak rapat jika Aisya yang sering menjaganya sejak dari kecil tatkala dia dan suaminya sibuk dengan syarikat.

Sebab itu lah juga Aisya digelar 'ibu'. Puan Aisya sudah dianggap sebagai syurga kedua bagi Elena. Puan Sri Rafea juga tidak kisah malah dia lebih suka.

"El nak makan apa?" tanya Puan Aisya dengan nada yang sangat lembut. Puan Aisya memang seorang yang lemah lembut orangnya, setiap budi bicaranya sangat tenang dan mampu melembutkan hati yang sedang membara.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now