Bab 16

32.9K 2.8K 562
                                    

         PINTU rumah dibuka oleh Elena kemudian biliknya dituju dengan terburu-buru.

"Sophia, stop!" Tangan Elena dipegang oleh Black membuatkan pergerakkannya terhenti. Tubuh dipalingkan ke arah Black kemudian nafas ditarik sedalam mungkin.

"What do you want?" tanya Elena sebaik sahaja anak mata mereka berlaga.

Anak mata turun ke arah tangannya yang masih berada di dalam pegangan Black. Ini merupakan pertama kali dirinya disentuh oleh Black tanpa berlapik. Sekurang-kurangnya, ketika dia sedar.

Dua minggu tinggal sebumbung dengan lelaki itu cukup membuatkan dia tahu bahawa lelaki itu tidak suka disentuh.

"You nak apa?" tanya Elena sekali lagi tatkala Black masih diam tidak berkutik. Tangannya yang berada di dalam genggaman Black itu ditarik perlahan-lahan.

"I'm sorry, but this is the only way, Sophia. I need to take care of you like I took care of my life. There's a reason why all this is happening," ujar Black sambil menatap ke dalam anak mata Elena.

"Pelik kan? Dalam masa 2 minggu je, I ni dah selamat bergelar isteri orang. Lagi pelik bila I kahwin dengan lelaki yang I baru kenal 2 minggu. My life is a joke." Tawa yang dibuat-buat dilepaskan olehnya cuba untuk menutup perasaan marah.

Bercinta dengan Affan, dipinangkan dengan Tengku Haykarl, kemudian dikahwinkan dengan Black.

Marah? Ya, dia marah.

Kerana memang itu rancangan Black.

"You rancang semua benda tu. And the worst is, mom pun terlibat sama."

Ya, Puan Sri Rafea juga tahu tentang rancangan Black. Perjumpaan mereka di rumah agam Tan Sri Emran beberapa hari lepas telah membawa kepada rancangan perkahwinan ini.

Ada sebab.

Mereka ada sebab tersendiri. Rumit.

"Tolonglah. I merayu dekat you.. Tolong jelaskan pada I apa yang terjadi sebenarnya? I need to know!" bentak Elena. Dia perlu tahu.

Kenapa semua orang disekelilingnya cuba untuk berahsia? Just why?

"Aku tak perlu jelaskan apa-apa, Sophia." Black mengalihkan pandangan.

"Fine. Baguslah!" Badan dipusing dan tombol pintu bilik yang selalu dihuni olehnya itu dipulas.

Sekali lagi tangannya ditarik oleh Black membuatkannya kembali berpaling ke arah lelaki dingin tersebut.

"Where are you going?" tanya Black.

Kening Elena naik bertaut. Tak nampak ke aku nak masuk bilik ni?

"Masuk biliklah!" jawab Elena dengan kerutan yang tidak lepas di dahi.

"No. The master bedroom is yours. You're my legal wife, and everything that is mine is yours now, gorgeous." Wajah Elena yang seakan-akan terkedu itu ditilik olehnya lama.

Maksudnya, Black suruh dia pindah masuk bilik besar kan?

"Erm.. okay. Nak- nak masuk kemas barang dulu." Tergagap-gagap Elena melontarkan ayat tersebut tatkala panahan mata Black semakin membuatkan dadanya sesak.

Jantung.. Beri kerjasama. Cepat betul kau cair kalau berhadapan dengan Black.

Pintu bilik dihadapannya itu dibuka dengan cepat kemudian terus dihempas laju. Tubuh disandarkan pada pintu besar bilik tersebut kemudian tangan naik memegang dada yang semakin berdetak kuat.

Nafas ditarik dalam kemudian dihembus perlahan-lahan. Fuh, damage!

Tidak menunggu lama, dia bersimpuh dihadapan pintu bilik tersebut kemudian celahan pintu diintai olehnya.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now