Bab 23

37.3K 3.4K 639
                                    

MATA gelap miliknya terbuka luas tatkala mimpi yang sama menerjah minda. 6 tahun dia cuba lari dari dunia gelap itu namun tiap kali itu jugalah kekesalan sering menghantui hidupnya.

Keluhan berat dilepaskan dari mulutnya kemudian mata turun ke arah si isteri yang masih memeluknya. Entah mengapa, sebuah senyuman terukir dibibirnya apabila melihat wajah polos Elena yang diulit mimpi itu.

Jam dikerling dengan ekor mata. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 4 pagi. Dia perlu cepat.

Kepala Elena yang tidur beralaskan lengannya itu diangkat perlahan-lahan lalu diletakkan di atas bantal.

Kemudian tangan Elena yang sedang memeluk tubuhnya itu juga turut dialihkan dengan perlahan agar tidak mengejutkan tidur si isteri.

Belum sempat Black ingin bangun dari pembaringannya, Elena terus memeluk kembali tubuhnya. Kepala didaratkan semula diatas dada bidang milik si suami.

"Sophia.. I need to go," ujar Black perlahan.

Elena menggelengkan kepalanya laju tanda dia tidak mahu melepaskan pelukan.

"Can you stay? Tak payah pergi hari ni," kata Elena cukup perlahan namun masih dapat didengari oleh Black.

Elena tahu dia selalu keluar pukul 5 pagi.

"Aku.."

"Just today.. I promise," pintas Elena laju. Matanya naik menilik wajah dingin milik si suami melalui biasan cahaya.

Pelukan pada tubuh suaminya itu makin dieratkan dan matanya kembali ditutup.

Black melepaskan keluhan dan sebuah senyum tipis ditarik olehnya. It's okay, Black.. Just today.

Akhirnya, dia hanya mengelamun sendiri sehinggalah azan subuh berkumandang.





"MORNING." Elena menjegulkan kepalanya melalui pintu bilik dengan senyuman. Black yang sedang berdiri dihadapan cermin dengan wajah ketat itu langsung tidak memandang ke arah isterinya.

"I dah siapkan sarapan," ujar Elena sekali lagi. Black menganggukkan kepalanya kemudian tubuh Elena didekati.

Tangan isterinya ditarik lalu dibelek dengan prihatin.

"Sakit?" soalnya sepatah. Laju sahaja Elena menggelengkan kepalanya.

Tak sakit, sebab Black dah ubatkan semalam.

"He hurt you, Sophia. He touched what's mine." Mata Black kini berlaga dengan anak mata si isteri.

Mine..

Maksudnya dia milik Black.

And nobody touch what's his.

Elena menggelengkan kepalanya lagi tanda dia tidak apa-apa. Dengan cepat Elena melarikan pandangannya apabila mata dingin milik Black menikam tajam matanya.

"Aku tak suka orang sentuh hak aku. Keep that in your mind, Sophia."

Bagaikan burung belatuk, Elena menganggukkan kepalanya apabila dengar ayat yang dilontarkan oleh suaminya.

"Harini aku hantar kau?" pelawa Black. Dia mahu hantar Elena ke tempat kerja.

"Tak nak. Nanti you ambil lewat." Elena menolak pelawaan suaminya. Sindir sikit je, semoga terasa lah.

"Kau perli aku?" tanya Black tidak puas hati.

"You terasa ke?" Soalan berbalas soalan namun kali ini sindiran Elena semakin pedas. Akhirnya Black melepaskan keluhan dan kepala dianggukkan juga.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now