Bab 25

39.1K 3K 921
                                    

         "WHAT?!" tanya Elena dengan wajah jelas menunjukkan bahawa dia langsung tidak percaya dengan apa yang baru sahaja mulut pembantu peribadinya, Intan.

Intan menundukkan kepalanya kemudian dia menarik nafas sedalam yang mungkin.

"Ya, Puan.. Memang Dato' Azam ada anjurkan majlis kelahiran di rumah dia malam ni. Dia ada hantar jemputan melalui e-mel tadi," jelas Intan sekali lagi tetapi kali ini dengan lebih jelas.

"Is he out of his mind? My dad just passed away 2 weeks ago!" Kening Elena bertaut rapat. Dia tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dimaklumkan itu.

Intan teguk liurnya pahit. Ketika ini wajah majikannya itu sememangnya langsung tidak dipandang. Takut..

"Awak boleh keluar, Intan." Intan menganggukkan kepalanya kemudian terus melangkah keluar dari pejabat tersebut.

"Kubur dad masih merah.." Elena menongkat dagu menggunakan tangannya. Kepala yang terasa amat kusut itu dipicit dan diurut perlahan.

Lama dia mengelamun sehinggakan deringan telefon bimbitnya mematikan lamunannya tersebut. Nama yang tertera pada skrin lebar telefon tersebut dibaca kemudian jarinya terus menekan button hijau pada telefon tersebut.

"Ya, mom?"

"El pergilah majlis hari lahir Pak Ngah." Suara ibunya kedengaran.

"Ridiculous! El tak nak pergi!" bantah Elena nyaring. Dia masih waras, tak mungkin dia akan ke majlis sambutan tersebut sedangkan ayahnya baru sahaja meninggal dua minggu lalu.

"Dengar cakap mom. Pergi sahaja, Elena. Ajak suami kamu dan mom yakin Black pun dah dapat jemputan untuk ke majlis tu," kata Puan Sri Rafea disebalik corong telefon.

Keluhan berat dilepaskan dibibir munggil milik Elena kemudin dengan berat hati dia bersetuju juga.

"Mom tak ikut?" tanya Elena.

"Tak. El pergi lah.. Sekurang-kurangnya pergi jumpa Mak Ngah," pesan Puan Sri Rafea lagi.

"Okay. Mom jangan lupa makan ubat, ibu selalu tau report pasal mom dekat El," gurau Elena membuatkan tawa Puan Sri Rafea terhambur.

"Dah lah. Mom nak makan ubat lah ni."

Tamat sahaja panggilan telefon itu, nafas berat sekali lagi dilepaskan oleh Elena. Dia sendiri tidak tahu apa yang berada di dalam fikiran ayah saudaranya itu.

Arwah ayahnya baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas dan Dato' Azam telah menganjurkan parti hari lahir. Bagi Elena, ini langsung tidak masuk akal.




          ANAK mata gelap milik Black tidak henti menilik susuk tubuh isterinya yang sedang bersiap dihadapan cermin.

"Gorgeous." Satu perkataan yang keluar dari mulut Black itu cukup membuatkan hati Elena berbunga.

Lelaki itu sering memanggilnya 'gorgeous'. Dan dia sukakan nama panggilan tersebut.

"I tak nak pergi majlis ni." Elena menukar topik. Dia sememangnya tiada mood langsung untuk hadir ke majlis besar-besaran yang dianjur oleh Dato' Azam di rumah agam tersebut.

"Tak payah pergi." Sakit pula hati Elena apabila jawapan itu yang diterima olehnya.

"We're gonna be late, so hurry up.." Black terus meninggalkan isterinya itu di dalam bilik sendiri.

Sampai sahaja di perkarangan rumah agam milik Dato' Azam, mereka berdua bergandingan masuk ke dalam rumah tersebut.

Tangan kekar milik Black tidak lepas dari memeluk pinggang ramping isterinya. Di mata orang, mereka perlu dianggap sebagai pasangan yang sempurna.

His Remedy [TERBIT]Where stories live. Discover now