5

2.9K 296 29
                                    

          DAREENA memerhati sekeliling, cuba mencari cara untuk keluar daripada majlis yang berlangsung ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DAREENA memerhati sekeliling, cuba mencari cara untuk keluar daripada majlis yang berlangsung ini. Hanya untuk seketika je. Letih la, dari tadi asyik senyum aje memanjang. Dia memang nak ikhlaskan diri untuk senyum, tapi hari ni hari menyedihkan kot!

Dia terlepas peluang nak ke konsert Taylor Swift!

Cuma satu cara je lagi yang dia ada...

Illegal streaming!

Danish di sebelah dikerling sekilas. Haraplah Danish tak perasan dia nak larikan diri kejap, haraplah Danish tak perasan.

Bismillah!

"Nak pergi mana?"

Alamak.

Dareena hanya tayang sengih apabila Danish dilihatnya sudah mencerlung tajam. Kepala digelengkan tanda tidak ingin ke mana-mana. Keluhan kecil terlepas.

"Asal kau tak nangis tadi?" suara Danish perlahan sahaja kedengaran. Tidak mahu perbualan mereka didengari tetamu yang hadir.

Dareena cuba mengingat kembali detik akad nikah yang berlangsung pada pagi tadi. Ya, dia memang tak menangis. Sebab dia memang jarang menangis!

Kenapa dia nak menangis kalau air mata tak terasa nak tumpah.

Ke... Sebab dia tak terharu pun dengan perkahwinan ni?

Nak cakap terpaksa kahwin, persetujuan dari dua pihak.

Nak kata dua-dua sama suka, tak jugak!

"Bro, I kental kot. Macam bro, bro gitu!" ujar Dareena seraya tergelak. Dadanya ditepuk-tepuk gaya sedikit berbangga dengan diri sendiri. Love yourself!

Berbeza pula dengan reaksi Danish yang masih tegang. Tidak berperasaan. Cuma secalit senyuman nipis sahaja yang terlakar. Itu pun apabila ada mata-mata yang kelihatan memerhati.

Nasib dia agak... Helok.

Yang tu tak boleh disangkal lah. Dengan mata yang seakan-akan ada mutiara jernih di dalamnya. Ditambah pula dengan kening dia yang sedikit tebal dan terukir cantik itu. Macam pelakon Thailand!

Cuma perangai aje lah Danish kena tambah baik sedikit. Eh, bukan sedikit.

Banyak!

Perasan akan tenungan Dareena pada wajahnya itu, tapi Danish hanya buat selamba. Dia membiarkan Dareena dengan lamunannya seketika sebelum soalan berbaur bidasan mula dilontarkan.

"Arwah Affan meninggal kau menangis pulak?" Dareena terkedu. Hilang sudah lamunannya itu. Tadi baru sahaja hati lakukan sesi puji-memuji pengantin lelaki. Tapi mak aih, mulut! Lancang bukan main!

Soalan Danish itu dibiarkan tidak berjawab untuk seketika. Cuba mencari ketenangan untuk membalas. Tak sensitif langsung! Apa, si Danish ni tak pernah ada kawan baik ke apa?

Taming The DevilWhere stories live. Discover now