54

2.4K 245 60
                                    

       "NAK tidur sini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

       "NAK tidur sini. Boleh?" Soalan Dareena membuatkan Danish terpinga-pinga. Jemari yang tadinya sedang mencoret sesuatu terus berhenti. Buku coretan dan catatannya itu diletakkan di celah meja tepi katil.

"Kalau kau selesa..boleh je."

"Kenapa tak selesa pulak? Ni pun katil aku." Danish cuma senyum. Tidak ingin membidas. Betul la tu. Ni pun katil Dareena. Cumanya, selepas mereka bergaduh, Dareena dah tak tidur sini. Mungkin juga tidur di dalam library mini di rumahnya.

Suasana hening. Tiada perbualan antara mereka berdua. Danish dengan lamunannya, Dareena pun dengan lamunannya. Rasa janggal. Dua-dua ingin memulakan perbualan, tapi tidak tahu bagaimana.

"Reen."

"Danish."

Serentak mereka menyebut nama masing-masing. Dareena gigit bibir. Danish pula hanya sengih.

"Reen dulu."

"Er, kau dulu." Danish berura-ura untuk memberitahu sesuatu, tapi akhirnya hanya sekeping kertas yang berlipat dihulur.

"Er..nah." Kening Dareena bertaut.

"Apa ni?"

"Kertas," balas Danish sepatah. Dareena memicingkan matanya.

"Tak lawaklah Danish."

"Tapi tak buat lawak pun," balasan selamba Danish membuatkan Dareena cebik bibir. Jawapan dia selalu macam tu.

"Nanti bukaklah. Er, bye. Nak tidur dulu."

"Eh kejap. Aku pun nak cakap sesuatu jugak." Lengan Danish tanpa sengaja diraih. Apabila sedar, cepat sahaja Dareena leraikan tangannya dari lengan Danish. Lalu dia bawa tangannya ke sisi.

"Oh, lupa. Apa, Reen?"

"Esok..kau sibuk tak?" soal Dareena penuh berhati-hati.

"Tak. Er, rasanya lepas dah lepas jawatan ni aku memang free."

"Okay... Sebab nak ajak pergi Rumah Anak Yatim Muhibbah." Danish terdiam. Dia terkebil-kebil seketika. Seriuslah Dareena yang ajak kali ni? Jadi dia dah tak perlu pujuk macam haritu?

"Oh... Boleh. Tapi betul ke kau nak ajak aku?" Dareena mengangguk perlahan.

"Tapi kalau tak nak tak apa."

"Nak," balas Danish laju.

"Okay..." balas Dareena pula. Untuk seketika, suasana kembali sunyi. Tapi tidak lama apabila soalan Danish mula memecahkan suasana.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now