46

1.5K 201 21
                                    

         "AND finally

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         "AND finally..you're mine."

Saat ini, Dareena masih membelakanginya. Belakang tubuh Dareena yang sudah terdedah mula disentuh dengan jemarinya. Ini yang diimpikannya. Sudah lama dia menginginkan Dareena. Dan sekejap nanti, Dareena akan menjadi miliknya.

Itu plan mereka.

"Plan ni senang je. Kau arahkan orang untuk culik Dareena sebelum sempat pertunjukan fesyen habis. Lepastu bogelkan dia, sebagaimana Danish pernah buat dekat kau dulu Luna."

Lihat sahaja wajah Luna yang sudah berubah riak, Qiu menambah lagi.

"Luna..peluang untuk balas dendam dekat Danish dah ada depan mata. Apa kau tunggu lagi?"

"Tapi..Reena..." Luna masih ragu-ragu.

"Masa ni kau fikirkan tentang orang lain lagi? Hei, fikir pasal perasaan kau. Apa yang kau rasa dulu masa Danish buat kau macam tu! Dendam Danish hanya pada ayah kau Luna, jadi kau tak sepatutnya kena semua tu!"

"Danish ingat dia je boleh balas dendam pada orang yang tak salah? Kau pun boleh buat macam tu Luna. Kau balas dendam pada Danish, dengan jadikan Dareena sebagai galang ganti. Senang!" balas Qiu lagi. Masih cuba meyakinkan Luna.

Luna diam untuk seketika sebelum kembali menyambung.

"Lepastu kau akan buat apa?" Hujung bibir Qiu ternaik sedikit. Gembira apabila Luna seolah-olah bersetuju dengan rancangannya.

"Bila Dareena masih tak sedar, masa tu jugaklah aku akan masuk senyap-senyap dalam bilik tu dan..well, you know..doing something that I really wanna do with her. Aku tunggu lama kot untuk saat ni tiba."

Qiu tertawa sinis saat teringat akan perancangan mereka itu. Rambut Dareena yang masih lagi membelakanginya itu dielus.

Luna, Luna. Sanggup kau tolong aku lempiaskan nafsu pada kawan kau sendiri. Hanya semata-mata untuk balas dendam terhadap Danish. Bodoh.

Tidak betah menunggu lama, tubuh Dareena yang mengiring membelakanginya itu dipusingkan.

Mata Qiu terbeliak.

Shit! Ni bukan Dareena! Ni Dareena darkweb!

Mana Dareena? Sepatutnya Dareena! Bukannya Natty!

"Shit! Natty! How the hell are you here?!" Qiu sudah berang tatkala melihat gerangan manusia yang disangkanya ialah Dareena.

Turun naik dadanya menahan marah. Tubuh Natty ditolaknya kuat menjauhi dirinya. Hampir terjatuh Natty dari katil.

Macam mana dia boleh tak perasan perempuan yang dari tadi ada dengannya di dalam bilik ini ialah Natty!

Dan bukannya Dareena seperti plan asalnya!

Taming The DevilWhere stories live. Discover now