22

2.4K 321 111
                                    

        DANISH hanya diam tanpa sebarang bicara

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

        DANISH hanya diam tanpa sebarang bicara. Dia lagi selesa menyesakkan mindanya untuk berfikir daripada mencelah perbualan nenek dan Dareena sebelum mereka mula berangkat pulang ke rumah.

Tak nak lah kacau. Dua-dua bekas fencer kut, naya jiwa dan raga dia kalau tersilap kata.

"Rian, meh sini." Panggilan nenek membuatkan lamunannya terus menghilang. Permintaan nenek hanya diturutkan.

Dareena yang berada di sebelahnya dipandang sekilas. Entahlah, segan sebenarnya dengan Dareena lepas kejadian semalam. Macam dia pula yang kena bergantung pada Dareena. Macam terbalik!

Ah, siapa suruh Dareena jadi berani sangat. Bukan salah dia jugak jadi penakut!

Dia hanyalah manusia biasa. Yang sudah melalui liku-liku kehidupan. Tak macam Dareena yang mungkin cuma lalui jalan berbunga je. Hidup dia pun nampak bahagia je!

"Ya, nek." Danish memaniskan wajahnya. Tatkala itu juga, tangannya dicapai nenek. Lalu ditautkan bersama dengan tangan Dareena. Serentak Danish dan Dareena berpandangan antara satu sama lain. Hanya sekilas sebelum kembali menghalakan pandangan mereka pada nenek.

Mahu sahaja kedua-duanya melepaskan tautan tersebut, tetapi nenek yang masih memerhati membuatkan kedua-duanya hanya pegun. Membiarkan sahaja tautan jari tersebut. Janggal tak payah cakaplah.

"Cuba kamu berdua ni berpura-pura sikit depan nenek. Tunjuk mesra tu. Ni depan nenek asyik gaduh mulut je." Mulut Danish sudah terkunci. Tidak tahu ingin membalas pernyataan nenek itu.

Memang betul pun. Memang mereka berdua asyik gaduh mulut. Walaupun depan nenek sendiri.

"Cuba berdiri rapat sikit."

"Hah?" Suara mereka berdua kedengaran agak terkejut. Macam bukan-bukan je permintaan nenek ni.

Danish selangkah ke kanan, mendekati Dareena. Dia berdehem perlahan. Sudah janggal tadi, makin janggal lagi jadinya.

"Rian..."

"Ya nek." Tubuhnya masih membatu. Hanya sengihan janggal sahaja yang terpapar pada wajah.

"Jaga isteri Rian elok-elok. Bila suami sayang pada isteri dia, Allah menyayangi pasangan itu dan semestinya Allah akan mencukupi pasangan itu dengan rezekinya." Danish sudah terkedu. Lambat-lambat, kepalanya dianggukkan jua. Segan apabila ditegur secara halus oleh nenek.

"Reena pulak, terima kasih sebab terima cucu nenek seadanya. Walaupun nenek tahu Rian banyak cacat-cela." Danish yang sedang mengelamun tersentak. Dia berdehem perlahan. Tak baik! Terasa jugak dia bila nenek cakap macam tu depan Dareena!

"Lain kali, bila ada masa terluang, jenguklah nenek lagi ya Rian, Reena."

"Okay nek," balas Danish lembut.

Dareena hanya mengangguk laju. Mereka memandang antara satu sama lain sekilas sebelum perlahan-lahan meleraikan tautan jemari mereka.

Nenek dipeluk mereka serentak. Agak lama sebelum pelukan itu akhirnya dileraikan.

Taming The DevilWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu