52

1.7K 268 63
                                    

        CEBISAN sheets piano yang terkoyak itu dicantum dalam hiba

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        CEBISAN sheets piano yang terkoyak itu dicantum dalam hiba. Air matanya dibiarkan sahaja menitik jatuh.

Sakitnya. Dia tak tahu rasa sesakit ini bila dilukakan oleh orang yang dia sayang. Dan hanya sebab mempertahankan benda yang dia sayang.

"Macam mana nak cantumkan memori kita balik papa..."

"Dah koyak teruk..." Lirih Danish dengan tangis yang masih bersisa. Makin dia kesat air matanya, makin laju air mata yang menitik. Ya Allah, kenapa dia makin lemah. Kenapa dia tak sekuat dulu.

Danish cuba tahan emosinya yang semakin menjadi-jadi. Tiada bunyi tangisan yang terlepas. Dan semua itu membuatkan dia makin sakit.

"Danish nak main, tapi susah nak baca chord. Danish tak reti macam orang lain..." Danish meluah kesal.

Pada waktu itu, dia masih berusia dalam lingkungan 6 tahun. Dia inginkan sesuatu, tapi langsung tiada daya untuk mempraktikkan instrumen muzik itu.

Kepala disandarkan pada bahu papa. Jemari sudah menari-nari di awangan. Cuba melukis setiap not yang tidak difahaminya. Bibir dijuih sedikit. Geram dengan diri sendiri. Nak pandai, tapi tak tahu. Dah lah dia susah nak fahamkan sesuatu dengan kadar masa yang cepat.

Tak macam orang lain, cikgu dah ajar sikit dah pandai.

Papa bangun dari tempat duduknya. Kemudian dia datang kembali dengan membawa bersama sheets piano di tangan.

"Sini, meh dekat papa." Danish hanya menurut. Kedua-dua belah lengan diletakkan di atas meja. Fokusnya sesekali pada papa, sesekali pada sheets piano di tangan papa.

Pen mula bergerak mencatat sesuatu di atas lembaran muzik.

"Papa buat apa?" Papa hanya senyum. Selesai menconteng, sheets piano itu disua padanya.

"Ni sheets piano lagu kegemaran papa."

"Papa tunjuk dekat Danish pun Danish tetap tak faham. Kan Danish dah cakap Danish tak reti baca not tu semua," bibir dicebik. Wajah disembamkan pada meja. Tangan mula mahu merenyukkan sheets piano tersebut. Tapi belum sempat perbuatan itu berlaku, papa pantas sahaja menegah. Tangannya ditampar perlahan.

"Papa..." bibir dijuih. Tidak berpuas hati.

"Danish nak renyukkan kenapa? Ni, improvise not. Tak sama dengan yang lain punya. Kalau hilang sheets piano ni, hilang lah melodi ni. Hilang melodi ni, hilanglah memori papa dengan Danish."

Taming The DevilWhere stories live. Discover now