47

2.1K 231 28
                                    

         DAREENA meraup wajahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         DAREENA meraup wajahnya. Air mata yang  merembes laju di pipi pantas diseka. Lama dia duduk di atas sejadah, seakan-akan tidak ingin bangun meninggalkannya. Banyak lagi perkara yang ingin diluahkannya kepada Tuhan. Walapun mulut tidak tahu untuk meluah, tapi dia tahu Tuhan sudah mendengar segala yang terpendam di hatinya.

Setelah kejadian ketika pertunjukan fesyen itu berlaku, sudah beberapa hari Dareena bertapa di rumah. Langsung tidak meninggalkan rumah. Sesekali mama dan Luna akan turut datang ke sini.

Banyak juga perkara yang telah berlaku di sekelilingnya dan banyak juga perkara yang telah terbongkar.

Qiu telah ditangkap khalwat dengan Natty, perempuan yang disuruh untuk menggantikannya pada saat akhir pertunjukan fesyen.

Bukan itu sahaja, setelah seseorang sempat merakam video Qiu yang telah tersebar tempoh hari dan memuatnaiknya di media sosial, Qiu telah disiasat atas beberapa pertuduhan.

Pertama, pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita, mengikut seksyen 509 Kanun Keseksaan. Hal ini menerusi kamera tersembunyi yang diletakkan di dalam bilik mangsa beberapa tahun yang lalu.

Dan mangsa tersebut..ialah dirinya sendiri.

Pertuduhan kedua pula, mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Hal ini kerana tertuduh didakwa memiliki 70 gambar lucah, 184 video lucah dan satu fail lucah berformat PDF dalam telefon bimbit miliknya.

Tidak cukup dengan itu, dia juga baru dapat tahu bahawa insan yang kerap menghantarnya mesej menakutkan selama ini juga ialah Qiu.

Menakutkan. Perkara seperti ini tidak pernah dijangka akan berlaku pada dirinya sendiri. Namun akhirnya, dia silap. Perkara seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Lebih-lebih lagi insan yang bergelar seorang wanita.

Hidup ini sangat menakutkan dan tidak dapat dijangka. Sesiapa sahaja boleh menjadi musuh dan sesiapa sahaja boleh bertopengkan malaikat.

Dan Danish..kenapa Danish sanggup menggunakannya untuk taruhan?

Jika dia tidak minta orang lain menggantikannya di saat akhir, tidak mustahil tubuhnya akan dikotori oleh Qiu. Hanya disebabkan taruhan yang tidak berguna itu.

"I boleh percayakan you, kan?" Perlahan sahaja Dareena menyoal. Riak wajah Danish agak sukar untuk dibacanya tika ini.

Lama Danish mengambil masa untuk membalas sebelum dia mengeluh kecil.

"Just don't..fully trust me."

Jadi betul la apa yang Danish bagitahunya selama ni, jangan percayakan dia sepenuhnya.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now