26

2.3K 288 75
                                    

         MAKANAN yang terhidang hanya dijamah sedikit sahaja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         MAKANAN yang terhidang hanya dijamah sedikit sahaja. Fikirannya kembali memikirkan kata-kata dari bos Dareena itu. Separuh hati mempercayakannya, separuh hati langsung tidak ingin ambil peduli. Dareena tak cakap apa apa pun. Jadi dia patut percaya atau tak?

"Kalau perempuan rahsiakan sesuatu daripada kita maksudnya apa eh?" Suapan Firas terhenti seketika. Sebelah keningnya terangkat.

"Bro, takkanlah kalau dia nak kentut pun dia kena bagitahu kau? Of course lah tu rahsia dia!" Hampir tersembur air minuman Fiqh. Laju dia menepuk-nepuk dadanya. Cuba mengawal situasi yang bukan-bukan daripada bakal berlaku.

Otak Danish masih menjana kata-kata Firas itu. Agak lama dia berdiam, akhirnya dia mula berdecit.

"Main-main kau ni. Aku serius ni." Tawa Firas dan Fiqh pecah dengan reaksi lambat Danish itu. Memang jenis beremosi la dia ni. Sebab tu no jam jugak!

"Jadi, berdasarkan fahaman aku..dia masih tak percayakan kau," ujar Firas tenang.

"Kan, bro. Aku rasa macam tu jugak. Mungkin, dia takut nak tahu reaksi kau lepas dia bagitahu kau rahsia dia tu. Takut kau tak terima ke or something like that," kata-kata dari Fiqh pula cuba dihadam Danish.

Logik juga macam tu. Sebab dia pun rahsiakan kisah lalu dia dari Dareena atas alasan yang sama seperti yang diberitahu oleh Fiqh.

"Kenapa dengan Reena?" Tebak Firas sambil diiringi dengan anggukan Fiqh. Turut ingin tahu tentang apa yang berlaku.

"Dia nak tinggalkan aku."

Wajah Firas dan Fiqh sudah menunjukkan riak sedang menahan tawa.

"Tak, jangan salah faham. Maksud aku..er..." Laju Danish mencantas. Cuba memikirkan jawapan yang sesuai untuk menutup malu tentang apa yang tidak sengaja terluah dari mulutnya.

"Faham je, bro. Yang tak faham tu kau. Kau tak faham diri kau sendiri," ujar Firas selamba.

"I don't get it." Firas sempat menyedut latte macchiatonya terlebih dahulu. Usai itu, tumpuan diberikan sepenuhnya pada Danish.

"Kau tahu dia nak jauhkan diri dari kau kan. So pandai-pandai kau la nak ambil hati dia balik. For example, let say..kau tak pernah langsung bahagiakan dia. Then start to do something that make her happy. Sekurang-kurangnya, kalau dia masih setia dengan pendirian dia untuk tinggalkan kau, kau tak rasa bersalah pasal benda tu. Faham?"

Riak Danish kosong. Tapi kepala masih memainkan peranan mengangguk. Patutlah Asyfa pilih Firas berbanding dia. Nampaklah sisi pemikiran Firas macam mana. Mungkin juga lebih matang berbandingnya.

"Damn, I feel so single." Firas hanya gelak dengan kata-kata jujur Fiqh.

"Comel la kau Fiqh."

Taming The DevilWhere stories live. Discover now