15

2.6K 315 88
                                    

          RUMAH kayu moden itu dipandang lama

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

          RUMAH kayu moden itu dipandang lama. Sumpah cantik! Dengan kolam kecil dan gazebo di halaman rumah. Ditambah pula dengan taman bunga di sebelah kiri rumah yang kelihatan sangat terjaga. Rumah besar-besar ni..takkan nenek sahaja yang tinggal?

"Nenek you tinggal sorang-sorang?"

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"Nenek you tinggal sorang-sorang?"

"Ya lah. Kalau tinggal berdua dengan Atuk Mudin kan kena tangkap khalwat pulak nanti." Dareena tergelak kecil. Ya, dia kenal Atuk Mudin yang dimaksudkan Danish. Sebab dalam perjalanan ke sini, memang Danish dah cerita satu-persatu fasal orang kampung ni.

Kata Danish, Atuk Mudin itu dulu memang kawan baik nenek. Selalu la dia melepak kat rumah nenek petang-petang sampailah sekarang. Cucu Atuk Mudin pulak, memang selalu sangat borak dengan dia. Kawan baik dia kat sini. Kata Danish, dia tu veterinar.

Heh. Banyak betul mulut dia berceloteh tadi. Baru Dareena tahu yang Danish ni peramah jugak. Nampak macam tak mesra pun dia tu. Tapi habis satu kampung dia kenal.

"Seganlah Danish. I tak pakai tudung..tadi pun masa berhenti makan kat warung orang macam pandang-pandang je.." perlahan sahaja suara Dareena kedengaran.

"We are all sinner Dareena. Tak ada orang sempurna. Sekurang-kurangnya kita ada niat nak berubah, daripada mulut yang tak henti mengeji," ujar Danish bersahaja. Jelas keluhan kecilnya di akhir ayat.

Dareena hanya mengukir senyum paksa. Kata-kata Danish sedikit sebanyak menenangkan hatinya.

"Nenek you garang tak?"

"Nenek aku..bekas fencer."

"Oh, really? Macam I!"

"Yeah, I know that."

"Hah? Macam mana you tahu?"

"Lupa ke aku dengan mama pernah tengok kau fencing masa sekolah menengah dulu? Lepastu kau cedera."

Dareena cuba memproses mindanya. Oh, ya tak ya. Dia kan pernah tinggal dengan keluarga Danish dulu masa sekolah menengah, sebab ibu dia sakit. Perlu dapatkan rawatan di luar negara. Aunty Tia pulak kawan baik ibu, jadi macam tu lah sebab dia tinggal dengan keluarga Danish kejap dulu.

Taming The DevilDonde viven las historias. Descúbrelo ahora