11

2.9K 302 86
                                    

          KAKI masih setia terpacak di depan pintu bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          KAKI masih setia terpacak di depan pintu bilik. Hati bercelaru ingin masuk sedangkan diri menegah untuk berbuat demikian. Dia nak bersihkan diri, salin pakaian, berehat apa semua. Tapi apabila teringatkan apa yang berlaku tadi, dia cuba berfikir sewajarnya.

Bibir disentuh. Bila teringat balik..ah! Tak nak teringat! Tolonglah lupakan! Takkan seawal ni bibir dia dah dicemari!

Dareena, Dareena. Kata nak jinakkan dia, tapi bila dia buat macam tu kat kau, kenapa kau pulak yang segan?!

No, no. Mentally, this is not me.

Nafas ditarik panjang seraya pintu bilik dikuak. Kelihatan jelas melalui sepasang matanya si Danish yang tidak segan silu sedang berehat di katil. Dengan hanya bertuala paras pinggang.

Oh tidak!

Tatkala perasan akan kelibat Dareena, senyum sinis Danish terukir.

Senyum ikhlas tak nak. Asyik nak tayang senyum tak ikhlas je. Menyampah betul!

Dareena beriak biasa. Cuba tayang wajah tak tahu malunya walaupun dalam hati sudah gelabah teruk. Tolonglah. Walaupun perangai dia tak la naif sangat, tapi dia tak pernah lagi gatal mata nak tengok lelaki tanpa baju macam Danish ni.

Mata dia masih suci daripada segala pencemaran para lelaki ni!

"Kau tak tahu malu ke Dareena? Tiba-tiba je masuk. Dah nampak aku cuma bertuala ni kan?"

"Excuse me? You tanya I macam tu? You tu! Tak malu ke? Dah tahu bilik ni kita kongsi, cubalah sopan sikit."

"Sopan? Heh, kalau dah kahwin pun ada tatacara pemakaian sopan ke sesama suami isteri? Kau nak aku pakai baju melayu ke tiap hari Dareena?" Dareena hanya buat tak endah dengan kata-kata Danish. Dia sibuk menggeledah pakaiannya yang sudah dikemaskan rapi di dalam wardrobe.

"Seems like you're not taming me enough. Dah menyerah kalah ke?" Suara yang jelas kedengaran di telinga membuatkan bahu Dareena terhinjut sedikit. Tubuh Danish yang terlalu dekat dengannya mula membataskan segala pegerakannya untuk berlalu.

Baru sahaja dia ingin memusingkan tubuh, ikatan rambutnya dapat dirasakan seperti ditarik. Tangan Danish pula dapat dirasakan mula menjalar pada pinggangnya.

"Cause darling, I'm a nightmare dressed like a daydream," bisik Danish perlahan.

Mata Dareena membulat. Terkejut dengan perlakuan yang agak menggerunkan itu.

"You said you love physical touch, right?" Dareena menelan liur. Kenapa Danish ni? Stress sangat ke kat tempat kerja sampaikan sisi dia yang satu ni datang balik?!

Tak boleh ke Danish kekalkan sahaja dengan sisi watak dia yang satu lagi tu! Ini tak, sekejap jadi malu, sekejap jadi tak tahu malu!

"You said you hate physical touch.." ujar Dareena perlahan.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now