50

1.5K 162 17
                                    

        BEBERAPA hari berlalu, hubungan Danish dan Dareena masih lagi sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        BEBERAPA hari berlalu, hubungan Danish dan Dareena masih lagi sama. Tegang seperti sebelum ini. Cuma sesekali dia akan cuba memulakan perbualan dengan Dareena terlebih dahulu. Tapi tetap sama. Dareena masih anggap dia tak wujud.

Dia boleh terima semua tu. Namun hanya pada awalnya. Sekarang, dia sudah tahu itu cuma positiviti toksik. Yang mana wujud kerana hanya menganggap kehidupan yang baik hanya berfokus kepada emosi positif dan menolak emosi negatif.

Dia cuba mewujudkan positiviti toksik itu untuk menenangkan fikirannya. Tapi sebaliknya pula perasaan sebenarnya. Hidupnya rasa lebih terbeban dengan semua itu. Pendek kata, dia tipu dirinya sendiri dengan harapan untuk pulihkan keadaan.

Sebab..tipulah kalau dia tak terasa. Tipulah kalau dia tak terseksa. Tipulah kalau semua tu dia anggap biasa. Mulut mungkin mudah menerima, tapi hati sebaliknya.

Normal la sakit, normal la terluka.

Tapi terfikir jugak... Sampai bila?

"Jangan nak menagih simpati aku..aku dah tak hamak semua tu."

Simpati.

Satu perkataan yang dasarnya tampak biasa. Namun, bila Dareena guna dalam konteks ni, dia rasa sakit.

Dia tak tahu selama ni fobianya dilihat bagaikan hanya ingin meraih simpati Dareena. Dia tak tahu Dareena terbeban dengan masalahnya. Kalau dia tahu, dia tak akan luahkan rahsianya pada Dareena. Sepatutnya Dareena tak perlu tahu kekurangan dia. Kekurangan yang bagaikan beban buat Dareena.

Danish menghela nafas berat. Hari ini dia banyak menghabiskan sisa masanya di balkoni bilik. Hanya dia, buku dan suasana redup yang menemani.

Buku? Pelik, kan. Dia dan buku boleh dikatakan tidak sesuai jika diletakkan dalam satu baris yang sama. Tapi siapalah tahu akhirnya dia bakal melekat jua dengan buku.

Bukan buku fiksi. Bukan juga buku bukan fiksi. Tapi buku catatannya.

Entahlah, dia rasa semenjak dia lebih banyak luangkan masa terperap di rumah, media sosial pun dah jarang dia bukak. Telefon pun jarang dia sentuh.

Selama ni, buka telefon cuma untuk balas whatsapp kerja. Tapi bila dah tak bekerja, rasa macam dah tak ada fungsi nak buka semua tu. Dia tak rindu kesibukan bekerja, tapi dia rindu nak ada sesuatu untuk dibuat.

Sekonyong-konyong, mindanya memproses sesuatu. Tangan mula bergerak mencapai pen hitam di atas meja kayu kecil balkoni. Mencoret sesuatu di atas salah satu muka surat buku.

Idea cuba digabungkan bersama. Berdasarkan pengalaman dan kemahuannya. Dicampurkan pula dengan keinginan dan perancangan Dareena.

Kafe.

Dia boleh menguruskan perihal kafe, Dareena pula boleh menyediakan aneka pencuci mulut. 

Tapi...

Mengingatkan hubungan mereka yang masih tegang, Danish jatuhkan pen. Nafas dihela perlahan. Wajah diraup.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now