19

2.6K 320 105
                                    

         MOTOSIKAL diparkir elok di bawah garaj

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         MOTOSIKAL diparkir elok di bawah garaj. Bungkusan pisang goreng di dalam raga motosikal diambil lalu dibawa masuk ke dalam rumah. Agak lama jugalah dia melepak di warung tadi. Maklumlah, lama tak balik kampung. Jadi bila dah balik, pasti banyak benda yang disoal orang kampung. Orang kampung kan mesra!

Gelak ketawa dua orang manusia menjamah telinganya. Kuat. Dan sangat menyebalkan hati. Dari luar sahaja sudah dengar suara diaorang!

"Assalamualaikum." Senada Danish memberi salam.

Tangan kanan diangkat sedikit, tanda menyapa rakan baiknya itu. Kaki terus diatur ke dapur, hanya mengerling sahaja Fiqh dan Dareena yang sibuk berbual.

"Nek, ni Rian ada beli pisang goreng."

"Oh, eloklah. Rian bawak pergi kat meja makan kat ruang tamu tu. Bawak pinggan ni sekali. Nenek nak solat kejap ya." Danish hanya menurut. Namun, sebelum mengatur langkah keluar, masih sempat dia mendengar isi perbualan rancak antara Dareena dan Fiqh.

"Same. I do love Taylor Swift too!" kata-kata yang keluar dari mulut Fiqh membuatkan Danish mencebik.

Hek eleh. Dia pun minat Taylor Swift jugaklah! Cuma Dareena je tak pernah nak perasan! Ambil endah lagilah! Please, ingat dia ni lelaki tak ada citarasa ke?!

"I suka baca novel jugak!"

Eh, nak sama-sama pulak. Hei, dia pun minat novel jugak okay! Bolehlah sekadar suka, baca tu tak..

"Oh yes! I love coffee too! Like a lot!"

"Oh really? Mungkin sebab you doktor. Kena selalu berjaga kan?"

"Ya, Reena. Need to stay awake for some reason. Untuk orang macam kita, coffee is not an addiction anymore, but more to self- healing. Walaupun tak sihat kalau consume banyak sangat..but we need to."

Danish menggumam kecil. Ayat Fiqh itu diajuknya perlahan. Jelas betul dia tidak berpuas hati dengan keserasian perbualan dari hati ke hati Fiqh dan Dareena itu. Betul-betul mencabar diri dia!

Langkah mula diatur ke ruang tamu.
Kerusi di sebelah Dareena ditarik lalu sengaja dirapatkan dengan kerusi Dareena.

Dareena tampak terkejut dengan tindakan itu, tapi dia hanya mengerling sekilas. Tidak ingin menyoal lebih.

Danish sudah merehatkan lengannya pada bahu Dareena. Wajahnya ditundukkan sedikit seraya berbisik.

"Behave yourself. I don't like my woman talk to other guy easily." Senyum sinisnya jelas terlakar pada wajah. Tanda tidak berpuas hati dengan perbualan mesra antara Fiqh dan Dareena sejak tadi.

Wajah terhala kembali pada Fiqh. Lengan masih disangkut pada bahu Dareena seraya memulakan perbualannya dengan Fiqh.

Dareena hanya diam menjadi pemerhati. Tiba-tiba canggung untuk mencelah.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now