32

2.2K 268 47
                                    

         RIUH-RENDAH suasana pusat membeli-belah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         RIUH-RENDAH suasana pusat membeli-belah. Seketika kedengaran suara bayi menangis. Ditambah pula dengan gabungan suara setiap manusia yang turut menjejakkan kaki ke sini.

Tangan Dareena menolak troli perlahan. Takut terlepas pula beli mana-mana barang yang dia inginkan. Mana-mana makanan yang mencuri tumpuannya terus diambil tanpa melihat langsung harga yang tertera.

Orang cakap, baik rugi beli daripada rugi tak beli. Jadi dia sedang mengaplikasikan kata-kata itu lah sekarang ni.

Danish di sebelah sesekali dikerling. Jaket denim hitamnya dipadankan dengan t-shirt putih di dalam. Tidak lupa juga dengan cap yang terletak elok di kepala

Kalau Danish ni orang asing, dah lama dia usyar. Tapi berani pandang sekali je lah, memandangkan kali kedua pandang aura menyeramkan Danish tu makin kuat!

Suasana masih diam di antara mereka. Entah kenapa masing-masing lebih sibuk dengan khayalan sendiri.

Dareena cuba mengatur ayat. Ingin memulakan bicara.

"Danish."

"Hmm."

"Danish, pandanglah sini." ujar Dareena lagi. Tidak mahu menyerah.

"Kenapa nak kena pandang kau?" bidasan Danish membuatkan Dareena jengkel. Sempat lagi dia mencebik sebelum membalas kembali bidasan Danish.

"Habistu kenapa you tak nak pandang I?" Danish terus menoleh memandang Dareena di sisinya. Dareena dipandangnya dengan riak tanda tanya. Lama dia memandang wajah Dareena, tapi masih tidak faham tentang apa yang diinginkan isterinya itu.

Tahulah cantik. Lepastu, takkan nak hadap muka dia tanpa sebab je? Yang peliknya, dia suruh tengok dia, tapi dia pandang depan?!

"Okay, dah. You boleh pandang depan."

"Kenapa?" soal Danish naif. Dahinya sudah berkerut. Makin berkerut apabila Dareena hanya tersenyum manis.

"Tadi ada lengzai. Muka macam atlet badminton kegemaran I. So I usyar lah. You tak boleh tengok, nanti tercabar. Tengok I tak apa. Dapat pahala."

Danish mendengus kecil. Tangan Dareena yang memegang troli ditepis lalu ditolaknya sendiri troli itu laju ke hadapan. Meninggalkan Dareena yang sudah melepaskan tawanya.

"I gurau je lah. Apa tu orang tua-tua selalu cakap..gurau manja," ujar Dareena. Masih dengan tawanya. Langkah dipercepatkan seiring dengan langkah Danish. 

"Tengok je lah nak tengok. Kau kan gatal," nada suara Danish kedengaran dingin.

"Kalau I tengok you, dikira gatal tak?"

"Do whatever you want to do. I don't care at all. I don't even love you." Dareena mencebik. Ya lah tu. Mulut cakap tak, dalam hati mana tahu kan.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now