40

1.9K 208 25
                                    

 Thank you for being so patient with me with the late update

Ops! Esta imagem não segue nossas diretrizes de conteúdo. Para continuar a publicação, tente removê-la ou carregar outra.

 Thank you for being so patient with me with the late update. Thank you for being such great readers 🫂 As much as you guys miss Dareena and Danish, I do miss you guys too ❤️

***

       TALI leher dileraikan sedikit. Tubuh disandarkan pada seat pemandu. Letih apabila seharian tidak putus menjalankan perbincangan dengan para pekerjanya. Berkaitan pertunjukan fesyen yang akan dijalankan tidak lama lagi. Ulang-alik ke sana sini jumpa pihak yang terlibat.

Sudah lah draft untuk konsep latar belakang pentas peragaan itu tidak sesuai dengan apa yang diinginkan oleh designer, sekali gus penganjur pertunjukan fesyen tersebut.

Dia tak kisah sangat pada awalnya kerana masih ada lagi masa untuk pekerjanya mengerah tenaga mereka. Tapi kalau dah kena mula dari kosong untuk dua tiga kali draft, masak jugak.

Yang peningnya dia, pekerja dia yang menguruskan bahagian tu. Sudahlah esok sahaja baki masa yang ada sebelum acara itu berlangsung.

Danish masih kekal di seat pemandu. Masih tiada tanda-tanda untuk keluar lagi memandangkan dia harus meneliti isi pesanan yang penting. Kalau ada informasi yang terlepas susah jadinya.

Telefon yang dari tadi disentuh mula dikeluarkan dari poket. Berbelas-belas notifikasi yang masuk. Kesemuanya perihal pertunjukan fesyen tersebut.

Ijat:

Boss, so if kita stick dengan draft tadi tak boleh ke? I don't think I have any other idea about the background.

Jat, tbh I love the idea of your plan. However, we need to stick with the organiser's opinion.

Ijat:

So macam mana boss? Sempat ke nak draft balik yang baru. Esok dah nak rehearse semua benda tapi background still tak ada hala tuju.

Jemari Danish mengetuk stereng. Cuba mencari keyakinan untuk meyakinkan pekerjanya. Sebelum ni okay je tapi entah kenapa cerewet sangat penganjur kali ni.

Ton warna latar belakang tu terlalu sticks out. That's why kena ubah since pakaian yang model akan pakai nanti tak akan terserlah.

Ijat:

Noted, boss ✍️😔

Kau draft dulu Jat, esok kita discuss balik apa yang kurang. Make sure wajib datang, esok. Kau tak datang, siap kau 🙂

Ijat:

Hahahahaha okay boss. Btw pandai letak emoji sekarang eh. Isteri ajar ke 😌

Taming The DevilOnde histórias criam vida. Descubra agora