37

2K 221 40
                                    

         "AH, sakit! Sakit!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         "AH, sakit! Sakit!"

"Kau kalau tak disebabkan Danish, dah lama aku lumat kau ni. Memang mulut kau ni ada je laju nak lapor benda pasal aku dekat cikgu kan?!"

"Tak..bukan aku. Sumpah bukan aku yang lapor!"

"Kalau bukan kau, siapa? Danish?!" Lambat-lambat dia mengangguk. Takut untuk memberitahu kebenaran tapi dirinya lebih takut jika dihentam beramai-ramai sekarang.

"Tapi kau cuma bayang dia, Qiu. Kalau sekali pun dia yang lapor, salah dia tetap kau yang akan ganti."

Tajam pandangan tiga orang lelaki di hadapannya itu sebelum diri dia dikerjakan seterukya.

Perut dan wajahnya ditumbuk. Namun tidak lama apabila kehadiran seorang perempuan tiba-tiba menjadi penyelamat keadaan.

"Affan Shah bin Dato' Zafri. Kau nampak kan apa yang aku nampak?" Ketiga-tiga mata pembuli itu serentak memandang kearah gadis tersebut yang menyua skrin telefonnya pada mereka. Skrin telefon yang seakan-akan video call dengan seseorang.

"List out their name and I will let my dad know about this later."

"Lelaki pertama—" Belum sempat Dareena menyebut nama yang terpapar jelas melalui tanda nama itu, ketiga-tiga mereka terlebih dahulu terus laju memecut berlari.

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Dato' Zafri. Ahli perniagaan terkenal yang turut menjadi orang kuat sekolah. Merangkap alumni lama sekolah ini. Aktiviti dan semua perkara yang berada di sekolah ini juga dasarnya bergantung kepada Dato' Zafri.

"Thank you for your help, Fan."

Hanya sepatah ayat itu yang didengarinya sebelum telefon itu dimatikan si gadis.

Tatkala Danish sibuk dengan perlawanan ragbinya, tatkala itu juga dia dihentam teruk oleh rakan sekelasnya sendiri. Namun, ada tangan lain yang turut menghulur. Sama seperti sikap Danish yang selalu menghulurkan bantuan padanya.

"Boleh bangun?" Lambat-lambat, Qiu mengangguk. Namun tatkala dia cuba untuk bangun, tubuhnya kembali jatuh lagi. Gadis itu tergelak kecil.

"No, you can't. Pegang ni."

Payung yang tertutup itu disua kepadanya lalu ditarik kuat oleh gadis tersebut. Dia kini sudah berdiri, dalam keadaan yang penuh dengan luka dan baju yang turut terkoyak.

Betul-betul di hadapan si gadis yang bersih tanpa cacat cela. Dan senyum manisnya yang turut menenangkan.

Bunyi deringan telefon membuatkan gadis itu segera menjawab panggilan tersebut. Hanya beberapa saat lalu dia meletakkan kembali telefonnya ke dalam poket.

"I need to go now. So take this."

"Untuk?" perlahan sahaja dia menyoal. Awalnya masih ragu-ragu namun payung itu masih juga diambil.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now