44

1.4K 203 11
                                    

        NOMBOR telefon kawan baiknya berkali-kali ditekan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        NOMBOR telefon kawan baiknya berkali-kali ditekan. Namun tidak berhasil. Sedaya-upaya dia cuba mengalih tumpuan si lelaki untuk memikirkan bahawa mereka berada di pihak yang sama. Tidak sangka pula perancangan dan muslihat lelaki itu juga turut melibatkan kawan baiknya sendiri.

"Reena! Angkatlah! Apa yang susah sangat kau nak angkat!" Luna merengus geram. Matilah kalau Dareena tetap meneruskan pertunjukan fesyen itu sehingga akhir.

"Luna!"

"Ya?" Pantas Luna segera meletakkan telefon kedalam poket seluar. Cuba beriak biasa tatkala Qiu mula menghampirinya.

Lelaki itu dilihatnya sudah menyerabaikan rambut. Tubuh yang tadi sudah kemas dengan kemeja kini kelihatan sudah tidak terurus sedikit. Butang atas kemeja sengaja dibukanya, menampakkan sedikit dadanya. Semata-mata untuk menjalankan rancangan seterusnya.

"Aku tahu kau dengan aku ada tujuan yang sama. Tak salah aku harapkan kau." Luna hanya beriak tenang.

"Nasib aku ubah fikiran aku dan masih percayakan kau." Qiu melepaskan tawanya. Kepala digelengkan.

"Tapi macam mana kau boleh nak tikam kawan baik sendiri? Yang tu..aku tak expect langung dari kau. Dia kawan baik kau, kan?" Luna terdiam lama. Cuba menyusun atur sebaiknya jawapan yang akan diberi.

Akhirnya, dia cuma senyum.

"Kau macam bercakap dengan cermin? Kau dengan Danish..macam tu jugak kan?" Kali ini Qiu pula terdiam. Lantas, dia melepaskan tawanya perlahan.

"You're right. Cuma apa yang membezakan kau dengan aku..aku tak teragak-agak nak musnahkan hidup dia, tapi kau..dua tiga kali jugak nak buat pilihan kan?" Luna hanya senyum paksa.

"Dah lah. I need to go now. Can't wait for this day to finally become true..." ujar Qiu dengan tawanya. Tangan dilambai-lambaikan padanya sebelum bayangnya tidak kelihatan lagi di situ.

"This isn't it." Nombor telefon itu ditekan lagi untuk kesekian kalinya.

"No, Reena..kau kena jawab call aku!" Debarannya sudah kian terasa. Bibir diketap namun dia masih lagi berharap Dareena akan menjawab panggilannya.

"Ya Allah, Reena..tolonglah jaw—"

"Hello? Luna? Is that you?" suara rakannya itu kedengaran agak terkejut. Mungkin tidak menyangkakan panggilan daripadanya setelah dia cuba menghindarkan diri daripadanya berkali-kali.

"Reena!"

•••

       PANGGILAN itu diletakkan. Dahinya berkerut-kerut tidak faham tentang apa yang diberitahu Luna padanya. Kata Luna, dia perlu segera meninggalkan pertunjukan fesyen tersebut dan bergegas ke basement. Tapi..dia basement pun tak tahu lalu arah mana?

Taming The DevilWhere stories live. Discover now