42

1.5K 203 7
                                    

Thank you for your wordsof encouragement 🫂❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Thank you for your words
of encouragement 🫂❤️

***

     "BOSS! Bukan demam ke?" Danish merengus perlahan. Baru sahaja ingin membebel, mata pekerjanya si Ijat yang mula tertumpu pada Dareena membuatkan dia tidak senang hati.

"Hei, kau tanya siapa. Kau pandang siapa?" gertak Danish tatkala Ijat masih tersenyum memandang isterinya. Ni salah satu sebab dia tak nak bawak Dareena. Baru si Ijat, belum masuk si Qiu!

"Eh, sorry boss. Tertengok. Maaf puan, saya tak bermaksud nak buat puan tak selesa." Dareena terkebil-kebil memandang pekerja Danish itu. Pantas sahaja dia menggeleng. Menidakkan ketidakselesaannya itu. Lainlah kalau pekerja Danish ni ada buat benda tak elok padanya.

Tapi nampak baik je, okay kut!

"Er, Reena je. Tak payah—"

"It should be puan. Puan Reena," tegas Danish pula.

Dareena mengusap-usap belakang tengkuknya. Sedikit janggal dengan panggilan tersebut. Formal betul!

Mereka mula melangkah ke aras satu di mana terletaknya pekerja-pekerja yang menjalankan tugas bahagian belakang tabir.

Dareena hanya membuntuti langkah mereka. Janggal tapi agak seronok apabila mereka mula membincangkan perihal kerja yang sememangnya dia tidak fasih tentang perkara tersebut. Memandangkan kerja Danish merupakan luar bidangnya.

Kadang-kadang keluhan kedengaran juga, berselang-seli dengan idea baru yang terlontar dari manusia berlainan. Semuanya bekerjasama dengan agak baik.

Sampailah pada satu topik...

"Encik Qiu tetap tak nak boss. Model lain pun dah tak nak. Dah tak ada masa diaorang nak praktis. Last-minute macam ni susah."

Pandangan Dareena yang tadinya sesekali meliar ke sekeliling ruang mula beralih kepada mereka yang sedang melakukan perbincangan.

Jelas kelihatan sisi Danish yang makin bertambah lain dari keadaan normalnya. Normal lah kalau Danish serius. Tapi yang lainnya, dia kelihatan lebih berkarisma berbanding kebiasaan.

Tanpa sedar Dareena tersenyum sendiri. Dan tanpa sedar juga ada mata yang turut memerhati. Mata lain mula memandang Dareena. Agak terpegun dengan kecantikan isteri CEO mereka.

"Apa kata..." Pekerja-pekerja itu mula memandang antara satu sama lain. Bagaikan faham dengan isyarat mata sendiri. Hanya Danish sahaja yang kelihatan berkerut, tidak faham.

Kini, semua mata tertumpu kepada Dareena kecuali Danish. Apabila perasan, barulah Danish turut menghalakan matanya kearah Dareena.

"Er..kenapa?" Mereka semua masih lagi diam tatkala Dareena menyoal. Lantas Dareena perlahan-lahan bangun. Ingin berlalu dari situ. Sangkanya, mereka tidak selesa dengan kewujudannya di situ.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now