18

2.1K 282 29
                                    

         DAREENA tersentak dari tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         DAREENA tersentak dari tidur. Cahaya yang tadi menerangi gazebo tiba-tiba bertukar malap. Baru dia ingat, nenek ada memberitahunya petang tadi perihal di sini. Kebiasaannya, malam-malam di sini bekalan elektrik selalu terputus.

Mata diliarkan sekeliling. Memang betul apa yang dirasakannya. Bekalan elektrik memang terputus. Memandangkan tiada lagi cahaya yang menerangi malam hari itu. Nak cakap yang nenek tutup, mustahil. Nenek pun mungkin dah tidur dari tadi...

Mata ditenyeh-tenyeh. Posisi tubuh mula ditegakkan. Tersentak dirinya tatkala jemari sebelah tangannya dapat dirasakan digenggam lembut seseorang. Sebelah tangan lagi digagarkan pada serata bahagian sofa tersebut. Jumpa sahaja telefon miliknya, lampu suluh terus dipancarkan ke bawah. Jelas kelihatan Danish yang sedang nyenyak tidur tanpa beralaskan selimut, dengan tangan yang turut sama menggenggam jemarinya.

Pegangan tersebut perlahan-lahan dileraikan. Cuba untuk tidak menyedarkannya. Agak lama Danish dipandang, lantas dia membuat keputusan untuk turun. Turut sama melabuhkan punggung di lantai kayu gazebo yang terhias di hadapan kolam.

Kepala Danish dilihatnya terlentok elok di atas sofa. Sebelah tangan dijadikan alas kepala. Sebelah tangan lagi yang tadinya memaut jemari Dareena mula jatuh ke sisi. 

Dareena turut meniru perbuatan Danish. Kepala turut sama dilentokkan di atas sofa dengan sebelah tangan dijadikan sebagai alas kepala.

"Silent darkness..nyctophobia and sedatephobia." Perlahan Dareena melontarkan kata.

"Your fear..that's why."

Tangan Danish dicapai kembali lalu ditepuk-tepuk kecil. Skrin telefon ditekan. Cuba mencari lagu yang sesuai agar suasana pagi yang gelap itu tidak menjadi terlalu sunyi. Yang pasti, dia tidak ingin membiarkan Danish dalam ketakutan jikalau tiba-tiba sahaja dia terbangun dari tidur nanti.

Alunan piano river flows in you dimainkan. Baru beberapa detik lagu itu dimainkan, Danish tiba-tiba meracau kecil.

"Papa..." lirihan itu membuatkan Dareena terkedu.

Air mata Danish tiba-tiba menitik di tubir mata. Melalui skrin telefon yang bercahaya itu, dapat dia lihat wajah Danish yang juga agak berpeluh. Sebelah tangan Danish yang berada dalam pegangannya itu juga dapat dia rasakan mula digenggam kemas. Sedar akan reaksi yang agak pelik itu, cepat-cepat lagu itu segera dihentikan Dareena.

Suasana menjadi hening seketika. Suara Danish juga tidak kedengaran lagi.

Mata mula perlahan-lahan ingin terpejam, namun suara Danish yang mula menjengah telinganya membatalkan hasrat tersebut.

"Dareena?" suara serak basah itu kedengaran.

"Ya?"

"Can you come closer?" Perlahan sahaja suara itu meminta.

Tubuh Dareena kaku seketika sebelum dia mula mengangguk dan merapati Danish.

Suasana menjadi kembali hening. Hanya pandangan mereka sahaja yang berbalas untuk seketika.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now