12

2.9K 334 54
                                    

          TANGAN lincah menyusun atur elemen-elemen untuk dimasukkan di dalam design, namun hanya dia sahaja yang tahu apa yang sepatutnya dia lakukan

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.

          TANGAN lincah menyusun atur elemen-elemen untuk dimasukkan di dalam design, namun hanya dia sahaja yang tahu apa yang sepatutnya dia lakukan.

Lain yang perlu dibuat, lain pula yang dibuat.

Lah, lagipun dia dah siap yang kerja lain. Jadi apa salahnya kalau dia mula berimaginasi sendiri, acah-acah berada di dalam alam sendiri.

Mine Cafe.

Nama kafe yang direka, dicipta, diolah dan diimaginasikannya sendiri. Hai, kalau dia sudah cukup modal dan keyakinan, sudah lama rasanya dia buka kafe ni.

"Reena!"

Dengar sahaja namanya dipanggil, cepat-cepat tingkahnya diubah. Design yang tadi khusyuk diolahnya segera ditukarkan kepada tab google chrome yang baru. Yang pasti tentang canva kerja yang perlu dilakukannya!

"Ya, Cik Sufi?"

Alamak. Anak ikan big boss dah datang. Meraung la nanti jawabnya. Dah tahu sangat niat Cik Sufi a.k.a Cik Shopee ni apa.

"Dah siap ke design untuk L's Group?"

"Dah. Ni cuma nak touch up sikit lagi."

Alamak!

Sepatutnya dia jawab tak. Tapi kenapalah mulut dia ringan sangat tetap jawab ya!

"Okay. Can you do this next? Dari Dazzle Models." Dareena akur. Portfolio di tangan Cik Shopee tentang Dazzle Models itu ditiliknya sekilas. Kenapa familiar sangat nama tu?

"Lepas dah siap semua, just inform me. No need to meet their client atau apa-apapun, yang tu I'll do it." Senyum paksa diukir Dareena.

Hilang sahaja Cik Shopee dari pandangan, bebola matanya digulingkan keatas. Tubuh disandarkan pada kerusi empuk itu lalu dipusing-pusingkannya tanpa sebab.

Memanglah dia cakap tak payah jumpa klien tu, sebab dia akan claim semuanya nanti. Orang lain yang buat kerja, Cik Shopee yang dapat nama.

Macam manalah dia nak tegah perangai tak berdisiplin Cik Shopee ni kalau sugar daddy dia big boss syarikat ni?!

Syarikat ni terkenal sangat, tapi orang tak tahu isi dalam syarikat ni macam mana. Orang bawahan ditindas. Gaji pun tak lumayan sangat, tak setanding dengan kerja yang hadap laptop sahaja memanjang tanpa sempat nak bersosial dengan luar. Orang atasan pula sibuk berfoya-foya, buat parti liar sini sana.

Haih, macam manalah dia tetap tak resign dari bekerja kat syarikat ni? Kebal betul!

Yeah, Dareena. I'm proud of you sebab boleh survive dengan persekitaran kerja toksik macam ni.

Tak apa, Dareena. Dua bulan sahaja lagi. Dua bulan sahaja lagi untuk dia dapat tahu tentang kerja baru yang dimohonnya itu. Kalau dapat, confirm lah dia tak lepaskan. Walaupun jauh nun di sana!

Taming The DevilWo Geschichten leben. Entdecke jetzt