16

2.4K 332 78
                                    

         "BYE nek, nanti Reena datang bilik nenek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         "BYE nek, nanti Reena datang bilik nenek. Reena nak lepak kat situ." Dareena tertawa kecil di hujung ayat. Sempat dia melambai-lambai pada nenek sebelum mula melangkah masuk bilik.

Sekeliling bilik diperhati sebelum mula menuju ke bilik mandi. Fuh, selamat dia nak bersihkan diri. Nak mandi pun rasa tenang je. Boleh pasang lagu kuat-kuat dalam bilik mandi. Karaoke lagu Taylor Swift best jugak! Confirm menghayati!

Ada Danish tak boleh bising sangat. Dia tu jenis serius. Lagi pula..dia boleh tahan malu jugak nak mandi bila ada Danish. Kena pastikan Danish tak ada, baru tenang!

Cardigan kuning cair yang tadinya tersarung elok pada tubuh ditanggalkan. Kini, hanya dress floral labuh yang tersarung pada tubuh. Rambutnya juga dibiarkan bebas mengurai. Sempat dia menilik wajahnya pada cermin kecil untuk seketika, sebelum bayang seseorang yang berjalan kearahnya dari belakang membuatkan bulu romanya meremang.

Deheman seseorang menyentakkannya. Lantas dia berpaling. Danish!

"Eh, kenapa you ada kat sini?!"

"I should be the one who ask you..kenapa kau rempuh bilik air ni?"

"Mana ada rempuh! Mana I tahu you ada dalam ni?! Tak kunci pintu tu kenapa?"

Kaki ingin melangkah keluar dari bilik mandi tersebut, namun tangan Danish terlebih dahulu menghalang pergerakannya. Sengaja kedua-dua belah tangan dikunci di kiri dan kanannya. Seakan-akan mengepung.

Dareena cuba melarikan pandangannya. Segan pula dengan keadaan Danish yang hanya bertuala paras pinggang itu.

Aduh..ni lah nightmare yang paling dia takutkan dan cuba dia elak selama ni!

"Why should I? I don't really mind kalau kau nak join aku mandi pun." Dareena menyungging senyum sinisnya. Dasar lelaki!

"Okay then. For you..I'll stay," balas Dareena berani. Tangannya mula menjalar pada helaian rambut Danish yang sudah jatuh pada dahi. Wajahnya sengaja didekatkan. Dengar macam berani! Tapi jauh di sudut hati, rasa macam nak lari je sekarang ni!

Tapi tak apa. Dia berani sebab dia tahu Danish macam mana. Kalau dia yang mulakan langkah pertama biasanya...

"Stop it! Okay, I'll go." Dareena cuba mengawal senyum. Hanya riak sinis yang dipamerkannya. Baru beberapa tapak Danish ingin melangkah keluar, langkahnya tiba-tiba terhenti.

"You're too bold Dareena. But remember, once you let me reach my limit, it's over.." ujar Danish seraya mula membawa langkah kakinya keluar.

Gulp!

Alamak. Macam serius bunyinya..

•••

          ANGIN sejuk malam membuatkan Dareena agak menggigil. Rumah nenek ni tak ada pendingin hawa pun dah sejuk. Macam kat Cameron Highland je! Tapi rumah kayu memang biasanya macam ni, sejuk natural. Tu yang best tu! Feel dia pun lain sahaja berbanding rumah batu.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now