25

2.3K 290 57
                                    

          DAREENA masih diam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          DAREENA masih diam. Tidak ingin bersuara membantah, mahupun menegakkan dirinya. Sebaliknya dia hanya berdiri statik. Menadah telinga untuk kesekian kalinya.

Cik Sufi bawa kaki kanannya keatas kaki kiri. Tangan pula dibawa kebawah dagu. Dalam sahaja tenungan wanita itu. Sesekali keluhan kedengaran dari mulutnya.

Dari sudut pandangnya, Cik Sufi agak menyeramkan hari ini. Mungkin sebab salahnya juga tak ikut apa yang wanita itu nak.

"I tak setuju. Macam mana you boleh tak ikut pandangan I?" 

Diam. Masih tiada jawapan dari Dareena. Takkanlah dia nak bagitahu yang klien tu sendiri yang ubah apa yang dia buat? Nanti apa pula Cik Sufi ini cakap.

Danish pun satu. Apa yang minimalis sangat dia buat ni? Content plan tu dah okay dah. Cuma bahagian design tu yang mungkin tak kena mata memandang sikit. Nak salahkan Danish, tu citarasa dia. Agensi dia. Nak salahkan Cik Sufi, itu memang kerja dia. 

"You ni pekerja bagus tau Reena. Takkanlah benda macam ni pun you tak boleh nak urus? Gaji you ni bukan sikit tau. Gaji social media manager ni kenalah sepadan dengan hasil kerja. You kalau nak kerja sendiri pun tak apa. But then you chose to be involved with company. Then better make it right next time!"

Nada suara Cik Sufi yang agak tinggi itu membuatkan bahu Dareena sedikit terhinjut. Lambat-lambat dia mengangguk faham. Senyuman turut dilemparkan bersama.

Haih, apalah nasib kerja bawah orang. Sepatutnya dia teruskan sahaja dengan cita-cita awalnya untuk buka kafe. Sekurang-kurangnya, kalau kerja semata-mata untuk bayar balik modal pun ada lah juga kepuasan hati.

"Thank you for the feedback, Cik Sufi. Mungkin I terlepas pandang semua tu. Next time, I will do better and guarantee something unprofessional like this would never happen again." 

Kepala ditundukkan sedikit. Sekadar hormat. Lalu kaki mula ingin melangkah keluar.

"Kejap, Reena. Sebelum you pergi..." Kali ini nada suara Cik Sufi berubah lembut berbanding tadi.

"Ya, Cik Sufi?"

"Betul ke you nak resign akhir bulan ni?" soalan Cik Sufi membuatkan Dareena kembali terdiam. Cuba memikirkan baik buruk jawapannya itu. Akhirnya, Dareena perlahan-lahan mengangguk.

"Kenapa ya? May I know?"

"I cuma nak cari pengalaman baru, Cik Sufi. Nothing much."

Ala, tipu sunat. Nak je dia cakap dia tertekan kerja kat tempat macam ni. Pekerja bawahan selalu sahaja ditindas walaupun gaji boleh tahan masyuk!

"Kalau you resign kat sini, you mintak kerja apa nanti? Dah dapat ke?"

"I tukar cabang. Mungkin dah bukan dalam bidang kerja ni. I mintak kat luar negara." Lambat-lambat Dareena menjawab. Entah kenapa dia tiba-tiba terbuka untuk memberitahu Cik Sufi perihal itu.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now