27

1.8K 224 26
                                    

         KELAB malam itu bingit dengan suara hiruk-pikuk manusia yang sudah tenggelam dengan dosa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

         KELAB malam itu bingit dengan suara hiruk-pikuk manusia yang sudah tenggelam dengan dosa. Bunyi lagu yang berkumandang juga membuatkan seorang insan yang fokus termenung di kaunter bar itu mendesis. Arak yang ditawarkan hanya dipandang kosong sahaja. Kali ini niatnya hanya untuk berjumpa dengan seseorang. Bukannya melepaskan tekanan atau bersuka-ria di sini.

"Yo, bro. Where's your girl?"

"...atau kau datang sini untuk merasa perempuan lain sebenarnya?"

"Keep your mouth shut. Me being here just because of our deal."

Lelaki di hadapannya itu tersenyum sinis lamtas mengambil tempat di sebelahnya. Arak yang tersedia diteguk selamba. Sisa yang tinggal disua pula pada Danish.

"Want some? Hmm?"

Separuh lagi sisa arak sengaja ditinggal si lelaki. Gelas kemudiannya disua padanya.

Dapat dirasakan, lelaki itu sudah ingin menggelakkannya tatkala dia mula mencapai gelas tersebut. Seakan-akan begitu pasti dia sudah termasuk dalam perangkap jahil itu.

Bush!

"What the hell?!"

Nada suara lelaki itu sudah tinggi. Tapi masih tidak dapat menarik perhatian mata-mata lain yang terleka dengan dunia sendiri. Bunyi bingit di situ juga menyukarkan manusia lain untuk mengalihkan perhatian mereka. Suara jeritan juga bagaikan tenggelam.

Danish tertawa sinis. Basah lencun wajah dihadapannya itu. Basah dengan arak yang sengaja disimbah.

"Oh, my bad. Feeling too mad till I need to step up the game."

"Kau..."

"Chill. Arak je pun. Benda yang memang kau selalu hadam. Lagipun kau suka kan bau macam ni? Bau..dosa. So, take it as a gift. Hadiah sebab agensi tu tak lama lagi akan jadi milik kau. Kau seronok kan?"

Dahi lelaki itu berkerut.

"Aku tarik diri." Tenang nada suara yang digunakan Danish. Walaupun suasana kelab malam yang terlalu bingit itu menyukarkan suaranya untuk didengari.

"Apa? Whoa, semudah tu? Kita mula pun belum. Lepastu tiba-tiba kau nak tarik diri. Ini bukan kau, Danish. Menyerah sebelum mula lebih kepada..pengecut," sinis lelaki di hadapannya itu membidas.

"Kau nak panggil aku pengecut? Then go on. I'm not interested with this freaking stuff anymore," luah Danish tenang.

Dia dah tak nak terlibat dengan semua ni.

Dia dah tak nak pertaruh dan pergunakan seseorang hanya untuk pertahankan agensi model milik mereka berdua itu.

Pertaruhan tentang jika modelnya dipilih oleh klien, dia menang. Dan jika model Qiu dipilih oleh klien, Qiu menang. Dan sesiapa yang menang akan memiliki agensi itu sepenuhnya dan sesiapa yang kalah automatik perlu melepaskan pekerjaan tersebut.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now