33

2.2K 283 52
                                    

          SUASANA yang tadinya cerah digantikan dengan redup malam yang agak sejuk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

          SUASANA yang tadinya cerah digantikan dengan redup malam yang agak sejuk. Dengan hujan lebat yang mula menyembah bumi, seakan-akan tidak akan berhenti pula. Pendingin hawa yang kekal terpasang membuatkan Dareena mula menyarungkan sweater tebal dan oversize miliknya pada tubuh.

Tangan menggeletar kecil tapi kaki digagahkan jua keluar bilik. Ketiadaan Danish membuatkannya naik hairan. Baru sahaja kaki ingin melangkah ke bilik piano, cahaya melalui bilik yang seakan-akan pustaka kecil itu membuatkan langkahnya mula terhenti. Betul-betul di hadapan muka pintu.

Tanpa salam atau ketukan, pintu itu terus dikuak. Jelas pada pandangannya figura Danish yang sedang berehat di atas sofa dengan buku yang diletakkan menutupi wajahnya. Tak lama, buku itu kemudian dialihkan dari wajah.

"Hai Danish."

Kepala Danish mula berpaling padanya. Dahinya kelihatan berkerut-kerut bersama mata yang turut dikecilkan memandangnya.

"Eh, apa benda ni tak ketuk pintu?" Dareena hanya tersengih.

"Kenapa perlu ketuk kalau boleh bukak terus?"

"Mengarut la kau ni." Dareena masih tercegat di tempat yang sama.

"Tak adalah. I cuma..er..boleh I masuk?" soal Dareena perlahan. Segan pun ya, takut mengganggu pun ya.

Tapi nak buat macam mana, pintu pun dah terbukak. Danish pun dah nampak dah.

"Masuklah," ujar Danish lalu tempat disebelahnya ditepuk-tepuk. Menyuruh Dareena supaya duduk di situ.

Dareena hanya menurut.

"Belakang badan you okay?" Dengan penuh tertib Dareena menyoal. Serba salah pula dengan Danish tentang kejadian petang tadi.

"Okay..kenapa?"

"Ya ke?" soal Dareena tidak berpuas hati. Sempat juga bilik yang seakan-akan library itu ditilik. Tenangnya! Lagi-lagi bila hujan macam ni, nak membaca pun bertambah seronok kat tempat persendirian macam ni.

"Kalau kau masuk sini sebab nak baca buku, then bagitahu. Aku boleh keluar." Danish mula bangun dan ingin berlalu pergi tapi lengannya sempat dicapai Dareena.

"Eh mana ada. I cuma nak tengok-tengokkan you."

"Huh?"

"Sit here. Let me check your back."

"Reen, aku okay lah. Kalau ada luka pun, it's nothing much compared to how you might end up being involved in an accident petang tadi," kata-kata Danish membuatkan Dareena terdiam. Lambat-lambat, dia mula tersenyum nipis.

"Thank you..and sorry."

"Kalau kau ulang lagi terima kasih dan maaf kau tu, aku keluar. Ulanglah lagi."

"Okay, okay..dah tak sebut dah," ujar Dareena pantas. Tangan kanan turut diangkat ke sisi tanda berjanji.

"Betul ni tak nak I cek? Mana tahu ada lebam atau luka besar ni ke?" Tangan sudah didepakan seluasnya. Membuat gaya yang menunjukkan saiz lebam yang mungkin ada pada belakang tubuh Danish.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now