51

1.8K 220 46
                                    

      "REEN, boleh aku tolong kau?" Soal Danish penuh berhati-hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

      "REEN, boleh aku tolong kau?" Soal Danish penuh berhati-hati. Hari ini dan kali ini, dia cuba untuk menegur Dareena. Ingin memulihkan kembali hubungan mereka berdua.

Dia juga perasan, sejak dua menjak ini Dareena tidak selalu kelihatan di bilik. Dan barulah dia tahu ketiadaan Dareena di bilik adalah kerana Dareena sibuk meluangkan masanya di sini. Di tempat biasa iaitu dapur. Sepatutnya dia sudah dapat mengagak semua itu.

"Tak payah. Aku boleh buat sendiri. Selama ni pun kau reti makan je." Danish diam. Tapi senyum nipis masih cuba dipamerkan.

"Kau nak hantar ke mana?" soal Danish. Setahu dia, kalau Dareena buat dalam kadar yang agak banyak, dia akan hantarnya ke sesuatu tempat seperti rumah anak yatim.

"Rumah Anak Yatim Muhibbah." Danish cuma mengangguk.

"Biar aku tolong hantar."

"Tak payah. Aku boleh hantar sendiri."

"Tapi aku nak ikut jugak," ujar Danish lagi. Tidak mahu menyerah kalah. Dia nak ikut. Dia tak nak duduk rumah sorang-sorang, hadap fikiran negatif lagi.

"Tak payah." Danish terdiam. Namun, tak lama apabila dia masih bersungguh memujuk.

"Tapi aku nak ikut jugak..."

"Tak payah! Ish, bisinglah kau ni. Kalau aku ajak pun, kau boleh buat apa sangat? Kau pandai masak ke?"

"Tak, tapi aku boleh belajar." Dareena merengus geram. Dah kenapa dia ni nak ikut sangat?

"Tak payah. Kalau kau memang nak belajar memasak, belajar je lah kat rumah!"

"Tapi kat rumah tak ada orang nak ajar. Ke kau..nak ajar aku?" Danish sudah tersenyum geli hati melihat wajah Dareena yang merah. Cuba tahan geram.

"Youtube ada Che Nom. Instagram ada Khairul Aming. Twitter ada Nahlah. Jadi kalau kau memang ikhlas nak belajar, dah lama kau usaha cari dan kutip resepi memasak daripada diaorang. Lepastu belajar sendiri. Bukan harapkan orang lain!" Danish mencebik.

"Tapi kalau kau yang ajar, lagi senang aku nak faham." Balas Danish selamba. Dareena dilihatnya sudah menggulingkan bebola matanya.

"Boleh lah eh aku nak ikut jugak?"

"Hmm. Suka hati kau lah."

"Yeay. Thank you, Reen!" Dareena masih leka menyusun atur biskut-biskut ke dalam balang. Langsung tidak menghiraukan Danish yang tersenyum senang di hadapannya.

"Tapi dengan syarat." Senyuman Danish mati.

"Apa?"

"Kau pergi kemas bilik-bilik kat ruang atas. Aku dah kemaskan tadi, tapi kau kemaskan je lah untuk kali kedua." Danish tarik senyum kembali. Sebelah tangan dibawa ke dahi. Ala-ala patuh mendengar arahan.

Setakat kemas..senang sangat!

•••

         DANISH sibuk mengemaskan ruang terakhir. Iaitu bilik peribadinya. Di mana terletaknya sebuah piano di dalam bilik tersebut.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now