53

1.7K 209 39
                                    

        SEPERTIGA malam ini tidak seperti kebiasaan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

        SEPERTIGA malam ini tidak seperti kebiasaan. Mata yang selalu terpejam pada waktu ini digunakan untuk kekal celik. Danish berteleku di sejadah.

Saat dia menadah tangan selepas mengerjakan solat, saat itu juga air matanya tidak henti-henti jatuh membasahi pipi. Tika doanya dipanjatkan juga, suaranya tersedu-sedu merintih. Banyak perkara yang berlaku pada masa yang sama.

Emosinya terasa musnah.

Hati yang memberontak sakit bertukar hiba.

Kemarahan pada diri sendiri berubah menjadi tiada daya.

Angkuhnya sebelum ini kini bertukar derita.

Sombongnya diri dia. Langsung tidak pernah mengaku kesalahannya pada Tuhan. Langsung tidak pernah memanjatkan doanya agar dihadirkan rasa ketenangan.

Saat dirinya jatuh, saat itu juga dia bagaikan pasrah dengan semua yang berlaku. Namun, tidak sedikit pun di meminta pada Tuhan agar lukanya kembali sembuh. Pengharapannya hanya terletak pada emosi dan akal fikiran yang tidak benar. Sampaikan dirinya diulit dengan pemikiran negatif yang hampir membunuh jiwanya sendiri.

Walhal, Allah sendiri telah menjanjikan kemudahan disebalik kesukaran. Seperti yang disebutkan dalam Surah Al-Insyirah, ayat 5.

فَإِنَّ مَعَ ٱلْعُسْرِ يُسْرًا

Fa inna ma’al-‘usri yusrā

Maksudnya: Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Tika setiap bait ayat surah Al-Insyirah dituturkan, tika itu juga air mata yang sudah sedia bertakung berlinangan jatuh. Jangankan nak baca surah lain, satu surah pendek ini sahaja pun terlalu sukar baginya. Air mata tidak henti-henti mengalir dari tadi.

Danish teresak-esak merintih. Sakitnya. Sakitnya perasaan dia sekarang. Sakitnya perasaan menginginkan sokongan, tapi sudah hilang tempat pergantungan. Sakitnya perasaan ingin berubah, tapi sudah hilang kepercayaan orang yang dia sayang.

"Allahumma innii..zholamtu..." Danish masih tidak dapat meneruskan bacaannya. Air mata berterusan jatuh. Doanya bagaikan tersekat.

Saat tangisannya kembali reda, dia memulakan doanya semula. Tapi kali ini dengan bait ayat dalam Bahasa Melayu yang terus difahaminya. Kerana bukankah untuk memohon sesuatu daripada Allah, memahami apa yang dihajati juga adalah penting?

"Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku sendiri dengan banyak kezaliman. Tidak ada seorang pun yang mampu mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah aku dengan ampunan dari sisi-Mu. Sesungguhnya, Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Doa itu diakhiri dengan sebak yang masih hadir. Air mata yang masih gugur pantas dikesat. Dia cuba untuk bertarung dengan sendiri dengan cara tidak melayani perasaannya dengan fikiran negatif. Tapi tiap kali dia cuba membuang perasaan yang hadir itu, dia tewas.

Taming The DevilWhere stories live. Discover now