dos ♡࿐

89 21 8
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

ESPRESSO yang sudah separuh menjadi tumpuanku. Jantungku berdegup laju seperti baru saja selesai berlari maraton, nafas aku tidak stabil. Aku cuba bertenang. Namun otakku masih memikirkan tentang apa yang baru saja terjadi.

"Okey tak kalau dia bawa watak Haiyan? Interesting, right? He have the exact figure as you explained in Eclipse, and his name is also Haiyan." gambar seseorang yang aku cukup kenali itu terpempang di skrin ipad milik Emir.

Kata Emir, lelaki itu ialah pelakon baru yang sedang popular. Macam mana aku tak tahu yang dia sudah pulang ke tanah air?

Dan lagi penting, macam mana dia boleh jadi pelakon? Dan macam mana aku tak tahu? Bukan setakat aku, Ayla dan Dahlia pun terlopong waktu dengar Emir bagitahu tadi. Maka, kami bertiga sudah termangu di sudut kafe.

"See? Aku dah kata aku ada bad feeling dengan skrip tu, kan?" aku hentak kepala pada meja, pipiku melabuh elok di atas meja kafe, sedikit pun tidak peduli dengan pandangan orang. Aku serabut!

"Cuba kau fikir positif, he is Aidan Haiyan. Bukan orang lain. Kau pun kenal dia, kan? Dia bukan jenis yang berdendam." Dahlia cuba memujukku, bukan aku tak tahu dia sendiri pun cuba untuk positif.

"Time change people, Dahlia." kataku sambil mengeluh.

Ayla yang dari tadi hanya berdiam diri itu menjadi tumpuanku. Dia nampak seperti sedang berfikir. Nak cari ayat untuk tenangkan akulah tu.

Tiba-tiba bibirnya itu merekahkan satu senyuman sinis.

"Kau dah kenapa?" belum sempat aku menyoal, Dahlia terlebih dahulu menyoal. Cepat saja perempuan ni buka mulut.

"Aku dah agak dah aku tak salah tengok. Ingat tak aku ada jumpa Is tahun lepas? Masa tu aku nampak orang macam Aidan tapi Is kata aku salah tengok, sebab Aidan belum balik Malaysia lagi. I knew he lied." Ayla tiba-tiba mengangguk-angguk sambil tersenyum sinis. Entah apa yang dia fikir aku pun tak pasti.

"Kau jangan nak jahanamkan galeri mamat tu sudah. Aku tahu kau pantang orang tipu kau tapi not in this case, okay?" seloroh Dahlia. Aku turut sama tersengih.

"Gila ke? Susah payah aku yang cadangkan interior di situ, tak mungkinlah aku nak jahanamkan hasil karya aku." Ayla cepat-cepat menyangkal.

Ayla bukanlah seorang interior designer, tetapi itu ialah minatnya dari kecil cuma dia tiada rezeki dalam bidang itu. Lagipun, dia sudah puas hati dengan membuka kedai bunga bersama Dahlia. Katanya lagi seronok berkerja dengan bunga-bunga daripada sibuk hadap banyak client.

Dan, kawan-kawan Aidan masih lagi berkawan dengan aku, kecuali dia. Yalah, kalau kami masih berkawan pasti janggal. Setiap kali reunion, aku bersyukur kerana dia tidak dapat hadir sebab dia belajar di luar negara. Kalau tak pasti sangat janggal.

"Dahlah, kau tak perlu fikir sangat. Dia masih nak marah kau atau tak, itu masalah dia. He is also at fault. Kami tahu kisah kau, dari awal sampai akhir. And we knew your struggles, Luna. Let him be." kata Ayla sebelum menghirup iced lattenya.

"Kalau dia dah berubah pun, bukan lagi Aidan kita kenal, then what? He is only exists in your past," Dahlia menyokong kata-kata Ayla tadi.

Aku menghela nafas berat sebelum aku tersengih. Senget rasanya senyuman ini, tiada sedikit pun keikhlasan yang lahir untuk mengulum senyuman ini.

eclipse ☾حيث تعيش القصص. اكتشف الآن