treinta ♡࿐

51 11 7
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

ARASH meletakkan gelas coffee di depan aku dan juga Arin sebelum dia turut sama melabuh punggung di kerusi bersebelahan dengan Arin. Dari waktu aku sampai, sehingga saat ini, dia masih memandang aku dengan wajah yang penuh tanda tanya dan aku yakin dia mahu menyoal tentang hal itu.

Puncanya hanya satu, dia nampak Aidan hantarkan aku depan rumah Arin dan dia terus meminta diri. Pinjam kereta aku? Tak, dia jalan kaki. Dia kata sudah lama tak jalan kaki ke rumahnya. Nasib baik kami satu taman.

Dalam ramai-ramai, hanya dia yang tak 'up-to-date' tentang aku dan Aidan yang terkini. Sedangkan, sewaktu aku tinggalkan Aidan dulu, dia ialah orang pertama yang naik hantu dengan aku. Cair tahi telinga aku dengar dia membebel waktu tu.

Dan sekarang, selepas aku bertemu dengan ibu dan berbual sedikit, aku diheret oleh Arash untuk ke kafe keluarganya. Memang aku dah agak dia akan duduk depan aku, tayang muka bengang macam ni.

"Mind to explain?" dia sudah menyilang kakinya serta memeluk tubuh, gayanya tak ubah seperti CEO muda sombong dalam drama melayu.

"I don't have anything to explain. Kami baru start bercakap balik. Nothing more, nothing less." aku menjawab tanpa berlengah sedikit pun.

"Not yet." Arin mencelah. Arash memandang ke arah Arin dan aku bersilih ganti sebelum dia melepaskan satu keluhan.

"Luna." nama aku di panggil dengan penuh serius. Aura peguamnya sudah keluar.

Aku telan air liur. Aku tahu dia bakal membebel kepada aku tentang apa yang terjadi, mungkin tentang persahabatan seperti yang dia pernah katakan dulu. Aku tahu sesetia mana Arash kepada Aidan dan juga Iskandar.

"Fikir baik-baik sebelum kau buat apa-apa keputusan tentang hubungan kau dengan dia. Aku tak mahu perkara yang sama berulang lagi, you know what I mean, right?" dengan penuh serius, Arash mengutarakan kata-kata itu. Matanya memandang tepat ke arah aku, dengan penuh ketajaman.

Aku mengangguk. "I know you don't want me to hurt him again. I swear, I'm trying."

"It's not only about him, it's about both of you. Sekuat mana pun kau cuba untuk tolak dia, dia akan tetap tunggu kau kalau kau tak bagi kata putus pada dia, Luna. You both stuck at 17, and neither of you wanted to move on. Aku faham Aidan tak boleh move on, but what are you doing? You should've stepped forward when you were the one who walked out." satu kenyataan perit keluar dari mulut Arash.

Aku garu kening, tak tahu bagaimana aku patut memberi reaksi. Aku sudah lali dengan bebelan Tengku Arash. Balik-balik ayat sama saja. Kalau keluar saja nama Aidan, dia mesti tanya kenapa aku tak move on. Mungkin sebab itulah Arin pun sudah malas nak memberitahunya tentang aku dan Aidan.

"Watch your mouth, Tengku Arash." Arin akhirnya bersuara, dia juga sudah serius.

"What? Benda betul, kan? You saw how desperate Aidan tried to communicate, to contact her back, don't you?" Arash tak mahu mengaku kalah.

"And you know exactly what his mom told her, right? Why don't you try to consider both conditions and don't be biased? You are a lawyer, you should know better." Arin menempelak kasar.

Dah 10 tahun berlalu pun, mereka masih lagi seperti kucing dan anjing. Tahu nak gaduh saja. Aku hanya diam sambil menghirup ais americano, nak tengok sejuah mana mereka mahu gaduh pasal benda sama.

Tak bosan ke?

Arash diam seketika, dia memandang wajah Arin lama. Namun, pandangannya tidak setajam dia memandang aku. Pandangannya hanya lembut memandang ke arah Arin walaupun sudah mula rasa geram.

eclipse ☾Where stories live. Discover now