diecinueve ♡࿐

39 13 5
                                    

FLASHBACK 14𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

RUMAH agam yang berdiri teguh itu aku renung lama. Semakin lama aku tengok, semakin berbeza realiti kehidupan aku dan Aidan Haiyan. Seolah-olah aku ditampar satu kenyatan bahawa pada hakikatnya Aidan Haiyan ialah seseorang yang paling tidak setaraf dengan aku.

Apa tu orang kata? Enggang sama enggang, pipit sama pipit.

Aku sekarang ni macam bulan jatuh keriba; sepertimana aku tak sangka bahawa aku akan dapat meraih perhatian lelaki itu.

"Kau berdiri apa lagi kat situ?" teguran Iskandar menyentak fikiranku. Aku hanya menggeleng bersama sebuah senyuman.

"Biasalah, Luna ni kalau tak berangan tak sah." Nazmi mencelah.

Ada saja benda yang dia nak kata dekat aku! Hadiahnya, aku mengecilkan mataku kepadanya.

Kami berlima terus menapak masuk ke perkarangan rumah Aidan. Mata aku menyapa laman rumah yang luas, siap ada kolam ikan yang boleh tahan besar juga. Dalam kolam itu, menampakkan beberapa ekor ikan koi berenang. Atas kolam itu ada beberapa lampu besar yang menaikkan seri kolam itu. Cantik.

As expected from a wealthy family, I guess.

Kemudian, kami tiba di gazebo yang besar ala-ala inggeris, di lengkapi dengan meja dan kerusi. Siap dengan alat pemanggang daging di tepi. Mungkin tempat ini selalu digunakan oleh keluarganya untuk berkumpul.

Ini kali pertama aku takjub dengan keindahan rumah yang cantik dan besar seperti ini. Kalau tak kerana Aidan menjemput kami untuk meraikan kejayaan kami selepas habis SPM, mungkin aku tak akan berpeluang untuk menapak ke rumah sebesar ini.

Ya, kami sudah habis SPM. Lepas saja habis trial hari tu, hidup aku sudah tak tenteram. Macam-macam program akedemik pihak sekolah anjurkan untuk kami. Dan, seperti sedia tahu, Aidan sudah pasti tiada masa untuk bermain lagi. Dia sungguh sibuk belajar.

Sehinggakan tak sempat nak meluangkan masa dengan yang lain dan termasuklah aku juga. Kini, aku rasakan kami sedikit... menjauh.

"Dia tu berlagak baik saja dengan kau, dia nak attention kau sebab dia tak cukup attention daripada mak ayah dia. Nanti habis SPM, dia tinggallah kau. Why? Sebab dia anak orang bernama, kau? Kau cuma anak penagih dadah saja." kata-kata Izham tempoh hari masih lagi segar diminda aku.

Sedikit sebanyak kata-kata itu mula meracuni diri. Sungguh, aku rasa seperti itu sekarang. Seperti tempat persinggahan untuk Aidan meluangkan masanya saat dia merasa keseorangan.

Bukan apa, semua itu masuk akal. Cuma untuk seorang Aidan Haiyan lalukannya, itu seperti sukar untuk dipercayai kerana Aidan ialah seorang yang sungguh ikhlas dan jujur, aku nampak kesungguhan dia dalam hubungan kami. Sekurang-kurang itu sikap Aidan Haiyan yang aku kenal.

Tolak tepi segala fikiran tak elok, aku kembali meneliti kawasan rumahnya. Siapa sangka rumah agam yang selalu aku kagumi itu ialah rumah Aidan? Aku ni memang betul-betul orang gua agaknya. Dah setaman pun masih tak tahu yang mana satu rumahnya sehingga hari ini.

Yalah, aku bukannya nak keluar rumah pun. Aku lebih gemar meluangkan masa aku dalam bilik aku sendiri. Malas nak berinteraksi dengan dunia luar. Memenatkan.

Pemerhatian aku jatuh ke arah gazebo yang sudah dihiasi. Atas meja pula di hias cantik dengan lilin dan tak lupa fairy lights yang tergantung cantik di bahagian atas. Hiasan pada kerusi dan meja juga tak kurangnya. Dah macam meja makan beradab pengantin pun ada.

eclipse ☾Where stories live. Discover now