diez ♡࿐

57 18 4
                                    

FLASHBACK 05𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

SEHARIAN mood aku tak elok. Inilah punca aku tak suka bertembung dengan ibu. Tak, aku tak membencinya. Dia seorang ibu yang baik sebelum kejadian itu terjadi, cuma aku tak suka dibelengu emosi setiap kali mendengar makiannya.

Dahlia dan Ayla memang sudah sedia faham akan situasi aku jadi hari ini, mereka langsung tidak berbual dengan aku. Eh, tak. Berbual tu ada, cuma tak bergurau sebab mereka tahu mood aku memang bukan untuk itu.

Pasta aglio e olio yang dibawa oleh Ayla itu, aku kuis. Langsung tak ada rasa mahu menyuap masakan mama kepada Ayla itu. Walhal jika Ayla membawa bekal selama ini, akulah orang pertama yang kaut makanannya.

"Don't play with your food. Kalau nak makan, makan. Tak nak, sudah." maka, Ayla membebel.

"Entah. It's okay if you don't wanna tell us the details about the what happened, but don't skip your meals." Dahlia turut mencelah. Sempat dia menyuap pasta itu ke mulutnya sambil memandang ke arah aku.

Aku memandang mereka sambil tersenyum, terasa senget sungguh senyumanku tatkala ini.

"I'm eating it, okay? Berhenti membebel." kataku seraya menyuap pasta itu ke mulut.

Seperti biasa, masakan mama Ayla tidak pernah mengecewakan. Sedap sungguh! Hilang mood sendu aku buat seketika. Bak kata Dahlia sebelum ni, enjoy small happiness while it lasts.

Gedegang!!!

Bunyi kuat sesuatu yang menghentam pintu kelas itu membuatkan aku segera menoleh ke arah punca bunyi. Nasib baik garfu yang berada di tangan tak terlepas. Mataku membulat saat melihat seorang lelaki sedang meragut kolar Nazmi.

Apa yang sedang berlaku ni?

Nazmi cuba mempertahankan dirinya daripada dipukul, dia menolak lelaki itu dengan kuat sehingga belakang badan lelaki itu berlanggar dengan papan kenyataan di sebelah papan putih. Nazmi yang periang itu nampak sungguh serius sekali.

Aku berpaling ke arah Dahlia dan Ayla yang sudah ternganga melihat pergaduhan itu. Masing-masing nampak terkejut dan confused.

"Lia, kau tak tahu apa-apa ke?" soalanku membuatkan Dahlia terus memandang ke arahku.

Biasanya, Dahlia suka menjaja teh. Setiap gosip memang wajib sampai ketelinganya, tiada satu pun terlepas. Sampai kadang-kadang, ada orang datang kelas kami untuk berjumpa si Dahlia semata-mata untuk menumpahkan teh bersamanya.

Makcik bawang betul, kan? Tapi bukan seperti itu. Dahlia cuma jenis yang up-to-date sikit. Biasalah, senang nak berjaga-jaga atau senang untuk jelaskan salah faham kalau perlu.

Ya, nampak macam aku cuba cover Dahlia tapi ini perkara sebenar. Dahlia tak pernah gunakan gosip murahan untuk jatuhkan seseorang, malah dia sibuk nak siasat sana sini. Katanya, keadilan harus ditegakkan. Cita-cita Dahlia waktu kecil nak jadi Detective Conan agaknya.

"That Izham guy, tuduh Nazmi kebas girlfriend dia. You know, that one pick me junior yang suka dekat Aidan tu. Dia kan cuba rapat dengan Nazmi, since dia tak dapat rapat dengan Aidan and Nazmi ni kan jenis peramah semacam. Aku dah kata dah mesti benda tak elok jadi. Nazmi ni bukan nak dengar, ish." Dahlia sudah berdiri.

Aku hanya mengangguk faham. Pasal ni rupanya. Aku dah tahu gosip ini. Dahlia dah pernah cerita sebab junior itu memang gilakan attention. Aku tak tahu pula kali ini budak tu dah bercinta dengan senior pula.

eclipse ☾Where stories live. Discover now