veintisiete ♡࿐

49 12 9
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

HAMPIR setengah jam kami berdua duduk menghadap sesama sendiri. Aidan hanya memandang ke skrip yang berada di atas meja, langsung tidak memandang ke arah aku. Seolah-olah dia sedang berfikir dan menahan rasa.

Aku pula hanya menanti apa yang bakal di katakan olehnya. Yalah, dia yang nak bercakap dengan aku tapi dia tak nak bercakap pula. Tadi, depan orang seronok pula tenung muka aku macam nak bunuh.

"I'm sorry." dan-dan, aku dengar dia mengucapkan kata maaf. Suaranya kini mengendur, kepalanya masih menunduk ke bawah.

"I'm sorry for everything my mom said to you. I'm sorry for not being there when you needed me, Luna. I'm so sorry." suaranya kedengaran sungguh sayu, bahunya yang tegap itu jatuh.

Aku terkelu. Aku tak menyangka dia akan meminta maaf kepada aku bagi pihak ibunya. Yalah, aku yang tinggalkan dia, aku tak cakap dekat dia yang mak dia cakap macam tu kepada aku. Aku yang macam saja nak let go relationship kami, tetapi dia yang meminta maaf.

"I was mad knowing that I couldn't hate you the way I wanted. Aku tahu kau tak tinggalkan aku tanpa sebab. Cuma, aku sedikit kecewa dengan sebab utama kau pergi dari hidup aku." dia tersengih sinis, namun sepertinya bukan kepada aku tetapi lebih kepada diri dia sendiri. Suaranya kedengaran sungguh kecewa, namun dia masih menunjuk ke bawah. Mungkin cuba menahan emosinya.

"Aidan..." tanpa sedar, mulut aku menyebut namanya.

Hati ini masih sakit saat melihat bahu itu jatuh. Hati ini rasa tercucuk saat suara itu tiada cerianya. Hati ini sedih saat melihat wajah yang sepatutnya bersinar itu suram.

Ah, Luna. Jiwa kau sentiasa kacau jika ada sesuatu dengan lelaki ini.

Aidan angkat muka, dia memandang ke arah aku dengan satu senyuman. Senyuman yang kelihatan sungguh palsu. Tadi dia seronok marahkan aku, sekarang tayang muka seposen dia pula.

Aku garu kening yang tak gatal. Aku tak tahu nak respond macam mana selepas diberi pandangan sebegitu.

"Thank you for at least writing everything about us, just like I wanted. And you don't have to apologise. It's my fault for not being able to control my emotions and I was being immature." ucapnya perlahan, kali ini senyumannya nampak agak ikhlas.

Aku pula hanya diam, memerhati tindakannya yang berubah ini. Tadi kemain dia naik angin, sekarang lemah pula. Sejak bila jadi macam Arash ni? Acah cool depan orang lepas tu lemah gemalai depan seorang wanita?

Di luaran, aku nampak seperti hanya membatu tanpa perasaan walhal hati ini sudah mula terasa sakit. Tak suka tengok dia seperti ini. Aku tak mahu gambaran Aidan Haiyan yang berusia 17 tahun kembali menjengah ingatan. Aku mahu kuburkan perasan ini.

"And, about my mom." dia diam selepas mengumam ayat itu. Dalam dengar tak dengar saja, dia seperti masih mengumpulkan kekuatan dalam dirinya.

Yalah, itukan manusia yang paling dia hormat dalam dunia ini. Tak mungkin hanya kerana apa yang aku tulis, dia mahu bermusuh dengan ibunya. Lagipun, selama ini dia selalu bersusah payah membanggakan ibunya.

"I'm very sorry for what she said to you. You don't deserve any of that, and she was mean. Aku tahu dah banyak sangat aku minta maaf tapi aku rasa tak patut aku cakap kau tak adil dan pentingkan diri sebab apa kau buat tu memang apa yang Luna aku kenal akan buat. Cuma kecewa sikit sebab Is tak dapat korek kenapa kau tinggal aku walaupun aku pasang dia untuk jaga kau." kata-kata perlahannya itu membuatkan aku semakin membatu.

eclipse ☾Where stories live. Discover now