tres ♡࿐

76 22 15
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

"NO. It's our past you are talking about, Luna. Our memories."

Seperti radio buruk, ayat itu berkali-kali terulang di sudut memori. Satu keluhan aku lepaskan, mata yang sudah berbalam aku kedipkan beberapa kali. Aku cuba untuk bertahan dan menahan rasa. Aku mendongak ke arah langit yang pekat kehitaman itu. Langit malam ni seperti hariku.

Kosong tanpa sebarang bintang yang menambah seri. Kelam tanpa cahaya bulan.

"Grow up, Luna Aleesa."

Suara itu, ayat itu, antonasi itu. Cukup untuk menghiris sekeping hatiku.

Sungguh, aku tak percaya bahawa dia sudah berubah begini. Sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan dia yang aku kenal 10 tahun lepas.

Dia yang hidup dalam memori aku dan dia yang kini seakan-akan dua orang yang berbeza. Terlampau berbeza sehinggakan berat untuk aku menelan kebenaran ini.

Aku ketap bibir, skrip dalam genggaman tangan kini aku baca semula. Semua ini aku tulis kerana waktu itu aku mahu memberitahunya melalui skrip ini. Nampaknya keputusan aku untuk menulis kisah kami sebagai skrip adalah satu kesalan.

Namun, nasi sudah jadi bubur. Menyesal tiada guna sekarang. Yalah, 18 tahun aku mana tahu yang satu hari nanti orang yang disayanginya menjadi watak utamanya. Basically, Aidan bakal meneroka masa lampau kami sebagai Haiyan.

Walaupun perit untuk aku terima kenyataan bahawa kisah kami bakal tersiar ke seluruh Malaysia, pastinya dia lebih terasa. Dia, melakonkan wataknya semula.

Argh! Aku serabut. Kebelakangan ini kenapa aku malang sangat?

Tak cukup kisah yang sudah aku lupakan bakal ditayang, pelakonnya pula ialah orang yang dalam kisah itu sendiri.

Memikirkan tentang dia, aku tertanya, adakah dia berubah begini kerana apa yang telah terjadi antara kami?

Kalau nak ikutkan siapa yang lebih terluka, aku juga sama. Aku juga terluka dengan apa yang telah terjadi tapi aku tak nafikan bahawa apa yang aku buat cukup untuk mengubah layanannya terhadapku.

Satu per satu kenangan yang kami cipta kini terlayar di minda. Aku tenggelam dalam kisah kami. Memori kami.

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

10 tahun lalu...

ALUNAN lagu yang berputar kuat di corong speaker berselang seli dengan sorakan para penonton tidak aku hiraukan. Susuk tubuh yang sibuk berlari sana sini merebut bola ditengah padang itu lebih menarik perhatian.

Akhirnya bola itu singgah ke tangannya, semakin kuat orang bersorak. Gerak gerinya yang tangkas itu menambahkan karisma yang sudah sedia meluap-luap. Jersinya sudah pun lencun dengan peluh.

Sedang aku leka memerhatinya, sorokan yang kuat secara tiba-tiba membuatkan aku sedikit terpinga-pinga. Sebelum aku menarik sebuah senyuman. Dia menjaringkan gol yang entah keberapa untuk pasukan sekolah kami.

Dia melompat sambil melagakan bahu dengan ahli pasukannya bersama sebuah senyuman. Dia sempat juga meraup rambut depannya kebelakang. Aksi seperti watak utama komiknya itu berjaya membuatkan sebahagian perempuan di tempat penonton bertepuk sesama sendiri. Mengagumi ketampanannya sehingga beberapa junior berlanggar bahu dengan aku.

Aku tayang muka selamba, kononnya tidak tertarik dengan aksinya sebentar tadi sedangkan suara hati sudah menjerit-jerit sekuatnya. Jikalau ada yang boleh mendengar, berkemungkinan besar orang itu pekak.

eclipse ☾Where stories live. Discover now