veintinueve ♡࿐

38 9 7
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

AKU terus melangkah ke arah pejabat Iskandar dengan debaran didada. Jambangan bunga matahari ditangan, aku pegang erat. Setiap kali kaki ini mendaki anak tangga, semakin bertambah debaran didada.

Segenap hati ini, tak sabar mahu bertemu dengannya. Menanti apa yang bakal mulut manis itu melontarkan kata. Aku tahu, dia bakal mengucapkan sesuatu yang sungguh manis untuk didengari dan cukup puitis, boleh mengalahkan aku sebagai seorang penulis.

Dia itu Aidan Haiyan. Dia mampu membuat apa saja jika dia berkehendak. Tidak cukup menjadi seorang yang boleh bersukan, kacak dan berpendidikan, mengayat perempuan pun dia kaut sama! Dia tahu bagaimana untuk mencuri hati aku.

Daripada dulu, sehingga sekarang.

Setibanya aku di depan pintu, kaki aku terpasung ke tanah. Langkah aku terhenti, adrenalinku mengalir laju di dalam pembuluh darah. Jemariku pula kelihatan agak bergetar. Aku tarik nafas. Belum sempat tangan aku mencapai tombol pintu, telefon aku berdering.

Gentar yang tadinya meluncur hebat ke seluruh tubuh membuatkan aku sedikit tersentak dengan deringan telefonku itu. Menyempat saja telefonku mahu berbunyi saat ini. Drama sangat! Nasib baik aku tak terkucil.

Aku terus mencapai telefonku. Nama Arin tertera di skrin. Jantung aku seakan gugur.

Ada apa ni?

Terus aku menjawab panggilan itu.

"Kenapa, Arin?" belum sempat Arin memberi salam, aku terus menyerbunya dengan soalan. Aku yakin, ini semua berkaitan dengan ibu.

"Aku rasa kau kena balik. Ibu tak nak makan kalau bukan kau yang suap." jawab Arin dengan nada yang agak gelisah.

Tak cukup Arin, aku turut sama jadi gelisah. Sejak kebelakangan ini, kelakuan ibu agak aneh. Aku takut jika dia tiba-tiba melarikan diri seperti punca dia patah tulang peha tempoh hari. Penyakitnya tak juga membaik.

Bukan itu saja, saraf di tangannya juga tidak begitu mengizinkan dia memegang sesuatu yang kecil dengan kemas. Kerana itu, dia harus makan bersuap.

"Ibu tak makan satu hari ke?" aku terus berpatah balik. Niat mahu bertemu Aidan terus aku batalkan. Kesihatan ibu penting buat aku sekarang.

"Iya. Dari semalam dia tanya kau kat mana. Aku dah cakap kau balik esok tapi dia cakap dia nak kau suap dia. Looks like she really don't want to separate from you. Dia cakap, dia takut nanti dia lupa kau waktu kau tak ada dengan dia." langkah kaki aku terhenti saat mendengar ayat akhir Arin.

Jantung aku pula seperti direntap kuat setiap kali aku teringat tentang hal itu. Wajah ibu enam bulan lepas kembali menjengah ingatan. Dia yang menangis-nangis meminta maaf kepada aku, meminta aku agar jangan tinggalkan dia, masih segar di ingatan. Aku raup wajah sambil menghembus nafas kasar.

"Aku minta maaf atas apa yang aku buat pada kau, Aleesa. Mungkin ini balasan atas apa yang aku buat pada kau. Aku akan lupakan kau, Aleesa. Aku sekali lagi akan buang kau dari hidup aku. Aku mak yang tak guna. Aku mak seperti apa aku ini?" rintihan ibu kembali menjengah memori. Hati aku diserang rasa sebak.

Ya, aku tahu dulu aku sering mendahagakan kasih sayangnya. Aku tahu dia sengaja tinggalkan aku selepas memberi nasihat agar aku lepaskan keinginan mahu sambung belajar, tetapi dia tetap ibu aku. Seperti yang dia kata, dia tak mampu jadi ibu yang baik tetapi dia bukan ibu yang jahat. Dia tak pernah buang aku dari hidupnya walaupun dia mahu.

Jadi, aku tak boleh tinggalkan dia. Aku harus menjalankan tugas aku sebagai seorang anak. Jika ibu boleh menjaga aku sehingga aku habis belajar walaupun dia benci aku, aku harus menjaganya sekarang.

eclipse ☾Where stories live. Discover now