veintidós ♡࿐

39 13 15
                                    

FLASHBACK 17𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

AKU, Ayla, Arin dan juga Dahlia, masing-masing berpeluk tubuh sambil memerhatikan Iskandar dan Aidan yang berbual dengan sekumpulan pelanggan yang mungkin pelajar universiti. Aku masih lagi tak percaya yang Aidan Haiyan memang betul-betul buat apa yang dikatakannya.

Aidan Haiyan betul-betul buat kerja gila.

"Apa boyfriend kau buat kat sini, Luna?" aku angkat bahu, sebagai jawapan kepada soalan Arin. Kemudian, aku menggeleng, sendiri tak faham dengan tingkah Aidan yang tidak dapat aku agak itu.

"Macam bukan Aidan je kalau buat kerja gila macam ni. Dia kena sampuk ke apa?" komen Dahlia sambil memandang ke arah Aidan dengan wajah yang seperti ada syak wasangka.

"Well, kalau dah pasal Luna. Kerja gila apa saja yang dia tak buat? Tumbuk si izham pun sanggup, inikan kerja kat sini." Ayla berseloroh kemudian dia menyiku aku perlahan. Keningnya di angkat beberapa kali, siap tersenyum gatal.

Aku buat tak layan. Sajalah tu nak mengusik aku.

Tapi, bila difikirkan balik memang banyak kerja gila Aidan buat disebabkan aku. Salah satunya, bila berkaitan dengan Izham. Siap dia berani lawan mulut dengan ayah Izham lagi.

What a protective man.

"Sengih-sengih pula dia." komen Arin, dia sudah mencebik sambil memberi side eye kepada aku.

Senyuman aku mati sambil buat-buat tak layan apa yang Arin katakan tadi.

"Kalau korang tak hormat kitorang yang single ni, siap eh." Dahlia memberi arahan sambil mengelap piring dessert. Entah bila dia pergi dekat kaunter, aku pun tak sedar.

Aku kembali tersengih. Itu tak janji sebab semuanya bergantung kepada Aidan. Dia tu memang unpredictable sikit. Mr. Sir would do anything to impress me, I guess.

"Sukalah tu." Arin dan Ayla memandang ke arah aku. Aku angkat bahu, buat-buat tak peduli padahal dalam hati sebenarnya memang tengah berangan. Apa-apa saja untuk Aidan Haiyan.

"Airina." ditengah-tengah Arin dan Ayla mengusik aku, barista bernama Naim memanggil nama Arin.

"Oh, please don't use my government name. Just call me Arin," Arin merungut seraya melangkah ke arah Naim.

Eleh, kemain merungut. Waktu Arash panggil, tak pula cakap apa-apa!

Maklumlah, hari ni Naim seorang saja. Biasanya dia selalu bersama seorang lagi, tapi seorang lagi bercuti pula. Maka, Naim memang tak menang tangan sikit hari ni. Memandangkan hari ni hujung minggu pula tu. Memang ramai orang datang daripada pagi tadi. Sekarang sedikit lengang.

Nasib baik juga Aidan masuk hari ni, ringan sikit kerja front staff iaitu kami ni. Ini tak, asyik kena berulang alik saja.

"Kenapa? Kau nak suruh aku buat apa pula kali ni?" soalan Arin kedengaran sedikit membentak, yalah si Naim dari tadi suruh dia buat itu ini. Macam tak ada orang lain nak di suruhnya.

Mungkin kerana Arin mudah untuk di suruh. Yalah, kalau dia suruh aku, Ayla atau Dahlia memang tak bergeraklah kami. Dahlia sudah pasti akan kata itu bukan kerja dia. Aku dan Ayla pula memang akan terus buat-buat sibuk.

Mamat itu pun satu, minta tolong macam mintak gaduh. Padanlah muka dia. Tapi, Arin ni cepat kesiankan orang, sebab tu dia melayan saja.

"Ambilkan coffee dekat kabinet. Aku nak topup."

eclipse ☾Where stories live. Discover now