ocho ♡࿐

53 17 5
                                    

FLASHBACK 03𖤐

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

SEMENJAK hari program denggi tu, kehidupan aku kembali normal. Memang tak ada beza sangat. Berita aku sukakan Aidan masih lagi di simpan kemas-kemas oleh yang sudah sedia maklum.

Berkali-kali aku pesan kepada mereka supaya zip mulut ketat-ketat. Siap bagi pepatah biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Bersungguh-sungguh aku ingatkan mereka.

Gerak geri Aidan yang mengejar bola itu, menjamah mata. Waktu PJ kami biasanya gabung kelas, jadi, aku boleh tengok dia main bola. Ya, aku memang tak minat bola, tapi aku minat dia. Kira boleh consider sebagai tengok dia main bola jugalah.

Untung betul jadi dia. Dahlah bijak, rajin bersukan pula tu. Tak cukup dengan tu, handsome pulak tu.

Cuba bagi sikit ke-handsome-an tu dekat orang lain, tak adalah junior yang waktu PJ sama sibuk tengok dia sekali. Kena pula hari ni, cikgu ada mesyuarat apa entahnya, jadi budak-budak junior yang dari kelas dekat dengan padang dah berkumpul kat tepi padang ni.

Tak cukup dengan tu, yang kat tingkat atas pun turut sama tengok perlawanan yang taklah begitu menganggumkan antara kelas aku dengan kelas dia ni. Perlawanan waktu PJ.

Bukan nak tengok perlawanan sangat pun. Nak tengok orang yang mainlah tu.

Tak apa, aku faham. Aku pun macam tu.

"Macam mana Abang Aidan boleh handsome time kejar bola, weh?" suara junior yang duduk tak jauh dari kami berjaya menarik perhatian kami.

"Abang Aidan konon. Bluekk!" Dahlia sudah tayang muka jijiknya.

Tak cukup dengan itu, classmates aku yang lain pun sudah mengangguk. Bersetuju dengan kata-kata Dahlia itu. Masing-masing tak tahan geli dan kelakar bila dengar ada orang panggil mana-mana kawan kami dengan panggilan abang.

"Payah betul crush famous ni." dalam nada perlahan, aku merungut.

"Tak apa, Luna. Kau akan menang kalau bertanding untuk dapatkan Aidan. I can see that." Naura memberi jaminan, bersungguh betul dia.

"Nah, I'm not his type." balasku, cuba menolak rasa bangga yang baru hinggap di hati.

Sejujurnya, bagi aku, crush hanyalah pencuci mata. Dan, untuk digandingkan dengan orang yang sepertinya, ibaratkan permata dengan kaca.

Dia yang permata, aku hanya kaca.

Dia boleh dikatakan cukup lengkap untuk dijadikan boyfriend. Baik dari segi agama mahupun akhlak. His mom surely raised him well.

"Peduli apa type dia ke tak, you gotta shoot your shot, Luna." Bella mencelah.

"Ish, malaslah aku. Nanti kena reject, buat malu je. Satu sekolah tahu nanti." cepat-cepat saja aku membalas.

"Jangan nanti kalau melepas sibuk nak mengadu sudah." Dahlia tarik muncung. Tahulah tu aku akan mengadu kat dia pasal semua benda.

"Apa susah, cari jelah yang lain." selamba aku membalas. Semua sudah ketawa sakan.

"Betullah tu. Waktu aku tahu Luna crush kat si Aidan pun, aku dah macam 'eh perempuan ni, Aidan pulak' tau." seloroh Bella, makin sakanlah mereka ketawakan aku.

"Entah, perempuan ni tukar crush macam tukar baju. Kejap yang tu, kejap yang ni." sahut Zahra.

Betullah tu. Crush aku memang tak cukup satu. Kalau boleh memang nak tukar setiap bulan. Nasib baik dah senior, dan aku ada juga usya junior kadang-kadang tapi tak melekat sampai jadi crush.

eclipse ☾Where stories live. Discover now