veintiocho ♡࿐

44 12 11
                                    

─── ・ 。゚☆: *.☽ .* :☆゚. ───

ALUNAN musik di corong pembesar suara menyentuh lembut telingaku. Suara orang-orang juga turut sama memenuhi ruang. Aku menanti Ayla dan Dahlia di satu sudut, nampak seperti aku sedang di sisihkan. Yalah, aku tak berapa gemar dengan tempat yang sesak seperti ini.

Mata aku pula sibuk mengekori Iskandar yang kehulur kehilir bercakap dengan tetamunya. Hari ini Iskandar sungguh segak bergaya, dia mengenakan suit berwarna hitam dengan gaya rambut slick back.

Nampak sungguh kemas, perwatakannya juga tak seperti Iskandar yang aku kenal, hilang sudah perwatakan gila-gilanya itu. Yang aku nampak hari ini, dia ialah seorang pemilik galeri aesthetic yang cukup terkenal. Walaupun dia tak minat melukis, cita rasanya dalam lukisan untuk di paparkan sungguh berbeza dengan orang lain.

Dia siap menyertakan ayat-ayat yang pelukis itu mahu sampaikan melalui lukisan mereka. Kerana itulah, galeri Iskandar menjadi tempat yang sesuai untuk orang-orang mengambil gambar dan memuat naik gambar cantik dan aesthetic itu di media sosial.

Ditengah-tengah sesaknya manusia yang dijemput untuk majlis ini, aku hanya berdiri jauh dari mereka. Yalah, aku bukannya kenal mereka. Aku cuma kenal pemilik galeri ini, itu pun tak selalu sangat jumpa. Inikan nak kenal dengan orang-orang di sini.

Yang aku tahu, kebanyakkan orang di sini ialah orang-orang kenamaan yang mungkin membeli lukisan di sini dan juga pelukis-pelukis yang sudah menanda tangani kontrak dengan Iskandar. Ini satu syarat yang Iskandar letakkan di sini. Tak faham juga aku, kontrak tentang apa. Yang aku dengarnya begitulah.

Aku masih melilau ke arah perhiasan dalaman galeri ini. Cantik, kemas dan sungguh aesthetic. Ini kalau post gambar dekat Instagram, mesti cantik ni. Terus jadi lawa feed Instagram tu. Aku mengeluarkan telefonku lalu terus menghalakan telefon itu ke arah orang-orang ramai.

Semuanya sedang membelakangi aku, jadi cuma nampak belakang mereka dalam gambar. Di depan mereka pula terdapat dereta lukisan cantik yang tergantung elok. Ini kali pertama aku nampak galeri Iskandar sepenuh ini. Yalah, biasanyakan galeri tak ada ramai orang sangat dan tak sesak.

Sedang aku cuba untuk menukar fokus kamera untuk gambar, satu susuk tubuh tiba-tiba berpaling ke arah aku. Matanya memandang ke arah aku, bersama senyumannya. Ditemani dengan lesung pipit tenggelam timbulnya.

Telefon terus aku turunkan. Mata kami bertembung. Dia masih lagi tersenyum manis.

Beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall?
But watching you stand alone
All of my doubt suddenly goes away somehow

Secara tiba-tiba lagu A Thousand Year nyanyian Christina Perri kedengaran kuat di telingaku. Waktu seakan-akan bergerak sungguh perlahan. Dia yang segak memakai suit seperti Iskandar, dah macam nak pergi Award Show itu tiba-tiba bertukar menjadi Aidan Haiyan yang memakai baju sekolah.

Sesungguhnya, dia di mata aku masih lagi Aidan Haiyan yang berumur 17 tahun. Lelaki yang mengajar aku erti cinta.

Dia mengorak langkah ke arah aku. Semakin lama, semakin mendekat. Lagu yang masih berputar itu membuatkan hal itu seperti majlis perkahwinan kami. Siapa punya idealah buka lagu ala-ala lagu kahwin untuk majlis hari ni?

Akhirnya, dia mematikan langkahnya betul-betul di depanku. Dia masih tersenyum memandangku. Aku pula hanya memandang ke arahnya tanpa reaksi, aku terpegun dengan ketampanan dia hari ini. Tak sangka selepas 10 tahun pun, dia masih segak. Malah, lebih maskulin dan kacak.

eclipse ☾Where stories live. Discover now